Punca Kurang Selera Makan dan Bagaimana untuk Tambah Selera dengan Berkesan.

Punca Kurang Selera Makan dan Bagaimana untuk Tambah Selera dengan Berkesan.

Selera makan ialah keinginan untuk makan. Berbeza dengan kelaparan yang mempunyai tindak balas hormon dan saraf apabila badan memerlukan tenaga, selera tidak bergantung kepada keperluan fisiologi badan.

Seseorang boleh mempunyai selera makan yang tinggi walaupun badan cukup tenaga dan makanan. Sebaliknya, kita mungkin tiada selera makan walaupun perut terasa lapar.

Kekurangan selera makan mendatangkan banyak masalah seperti badan tidak mendapat zat yang cukup dan penurunan berat badan.

Bentuk badan terlalu kurus, terutamanya BMI kurang daripada 18.5 boleh mengurangkan keyakinan diri. Risiko kesihatan seperti kurang kesuburan, imuniti rendah, serta hormon tidak stabil juga meningkat apabila kurang berat badan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Selera Makan.

Disebabkan kerumitan fisiologi badan, punca sebenar kurang selera makan masih dalam kajian. Antara faktor yang diketahui boleh menjejaskan selera makan ialah:

Jangkitan Kuman.

Semasa melawan jangkitan bakteria, virus, atau kulat, badan akan rasa sangat lemah. Selera makan pula berkurang. Hakikatnya, badan melawan jangkitan kuman dengan menghasilkan sel darah putih dan proses ini menggunakan banyak tenaga.

Sebab itulah kita digalakkan mengambil makanan yang mudah dihadam dan padat nutrisi seperti bubur supaya boleh sembuh dengan cepat. Makanan penuh lemak atau minyak pula kurang sesuai kerana memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihadam.

Emosi.

Keadaan mental mempunyai kesan besar dan berbeza terhadap setiap individu. Secara amnya, rasa kenyang boleh mendatangkan ‘high’ atau perasaan gembira.

Dalam keadaan sangat sedih seperti kemurungan atau kematian orang tersayang, ada juga yang langsung tidak berminat untuk makan dan membiarkan kesedihan memakan diri. Ini menyebabkan penurunan berat badan dan malnutrisi.

Kesepian hidup seorang diri juga menjejaskan keinginan untuk makan. Pengambilan makanan memerlukan usaha, tidak kira jika anda memasak atau memesan makanan dari luar. Tanpa peneman untuk makan bersama atau jika pasangan kita sedang berdiet, selera makan kita juga boleh berkurang.

Semua orang pasti pernah mengalami stress. Tekanan sebab mengejar dateline kerja atau masalah keluarga menyebabkan kita banyak berfikir tentang masalah. Tumpuan, minat, dan selera terhadap makanan pula terganggu.

Pengambilan Ubat.

Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan terhadap selera makan. Antaranya ialah ubat tahan sakit yang kuat seperti morfin.

Nikotin dalam rokok atau pengganti rokok pula ialah sejenis penahan selera makan. Jadi bagi mereka yang berhenti merokok, kenaikan selera dan berat badan biasa berlaku.

Selain itu, ubat cytotoxic untuk pesakit kanser turut bertindak mengurangkan selera makan pesakit.

Penyakit.

Selain kemurungan, pesakit kronik dengan masalah buah pinggang atau hati sering mengalami masalah selera makan. Ibu mengandung yang sering loya muntah juga akan kurang selera makan kerana bila makan sahaja, pasti akan muntah.

Penyakit lain yang boleh menyebabkan penurunan selera makan ialah hypothyroidism, kanser, HIV, dan nyanyuk.

Tips Menambah Selera Makan

Jika anda ingin menambah selera makan atau berat badan, ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk menambah selera dengan selamat dan berkesan. Antaranya ialah;

Tetapkan Jadual Makan

pablo merchan montes Orz90t6o0e4 unsplash | Xan Asia

Tabiat kerap snacking dengan makanan ringan yang tidak sihat boleh merosakkan selera makan. Apabila perut kerap diisi dengan makanan tidak berkhasiat, rasa lapar akan berkurang dan selera makan boleh terjejas.

Bagi memperbaiki selera makan, anda harus kurangkan pengambilan makanan ringan di luar waktu makan utama. Sebaliknya, makan pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan kalori dan khasiat yang cukup ada dalam menu utama.

Anda boleh mengira kalori yang bersesuaian dengan berat badan dengan memuat turun aplikasi seperti Calorie Counter. Gantikan makanan ringan dengan snack yang berkhasiat seperti potongan buah, protin daripada kekacang, serta healthy fats dalam avokado dan chia seeds.

Jika kesibukan dan stress menghalang anda untuk makan pada waktu yang tetap, cuba set alarm di telefon pada setiap waktu makan yang utama. Dengan cara ini, anda akan diingatkan untuk makan pada waktu yang betul.

Rancang Menu Harian

organizer 791939 1920 | Xan Asia

Ketiadaan makanan di rumah atau pejabat boleh menjadi sebab anda kurang selera makan. Tingkatkan selera dengan memastikan yang anda ada banyak pilihan makanan di dalam peti sejuk atau pantry.

Sebaiknya, rancang menu harian anda semasa membeli barang rumah. Dengan cara ini, pembaziran juga boleh dielakkan.

Banyak waktu senggang pada hujung minggu? Cuba meal prep pada hari Sabtu dan Ahad. Meal prep, atau menyediakan hidangan yang banyak sekali gus, memastikan bahawa sentiasa ada makanan yang tersedia untuk dimakan. Kesibukkan dan rasa malas untuk masak atau memesan makanan tak lagi menghalang anda untuk mendapatkan hidangan yang lengkap.

Banyak video di YouTube untuk menjadi inspirasi bagi meal prep. Anda boleh terus sediakan sarapan, makan tengahari, makan malam, dan snack hanya dengan memanaskan hidangan dalam microwave.

Tonton Video Mukbang.

Menonton video Mukbang serta video food hunting ialah satu lagi cara teknologi boleh membantu membangkitkan selera makan.

Video Mukbang memaparkan seseorang yang mencuba pelbagai jenis hidangan dalam kuantiti yang besar. Hos biasanya akan berinteraksi dengan penonton dengan menggambarkan kesedapan makanan yang dicuba.

Kaedah ini ideal bagi mereka yang tinggal sendirian di rumah. Melihat orang lain makan membangkitkan selera. Bila tonton video Mukbang, kita pula terliur dan ingin makan hidangan yang sama.

Pengambilan Supplement.

Diet yang tidak seimbang mengakibatkan kekurangan vitamin yang menyumbang kepada kurang selera makan. Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa vitamin dan supplement yang berfungsi menambah selera makan.

Blackmores-Multivitamins-Mineral-60s | Xan Asia

Klik link ini untuk mengetahui tentang jenis dan fungsi supplement dan multivitamin yang ada di Malaysia.

Kekurangan vitamin B1 atau thiamine ialah zat penting bagi pengekalan selera makan serta prestasi minda yang baik. Jadi, banyak supplement atau multivitamin penambah selera akan dirumus dengan vitamin B1.

Kekurangan zink dalam tubuh juga menyebabkan kurang selera makan dan sistem imun yang lemah. Kajian membuktikan pengambilan supplement dengan zink mampu membangkitkan selera bagi mereka yang kekurangan zat ini.

Blackmore’s Multivitamin ialah supplement lengkap dengan vitamin B complex serta zink yang dapat membantu masalah kurang selera makan bagi orang dewasa.

Omega-3 ialah fatty acid penting yang senang didapati dalam makanan laut seperti ikan. Pengambilan supplement seperti minyak ikan yang kaya dengan omega-3 turut meningkatkan selera makan.

Lysine iaitu sejenis amino acid yang hanya didapati dalam diet juga terkenal sebagai penambah selera makan. Biasanya, supplement penambah selera dengan lysine digunakan untuk kanak-kanak yang picky eater. Contohnya supplement kanak-kanak dengan lysine ialah Appeton Multivitamin with Lysine .

Perbaiki Mood dengan Senaman.

man 2264825 1920 | Xan Asia

Jika gangguan emosi menjadi penyebab anda kurang selera makan, senaman boleh membantu.

Aktiviti fizikal seperti berlari, cardio workout, dan berbasikal membebaskan endorphin. Bahan kimia ini bertindak di otak untuk memberikan perasaan positif dalam badan.

Dengan endorphin, tekanan mental dan kesedihan juga dapat dikurangkan.

Penggunaan tenaga yang banyak semasa bersenam akan memberikan petanda kepada badan dan menyebabkan rasa lapar. Rasa lapar ini boleh membantu menambah selera makan yang rendah agar anda dapat makan saiz hidangan yang lebih besar.

Penutup

Selera makan yang baik penting bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat. Kurang selera makan pula boleh mengakibatkan berat badan susut dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Jika anda ingin menambah selera makan, boleh cuba amalkan tips seperti makan pada masa yang tetap, merancang diet harian, serta mengamalkan supplement yang betul.

Paling penting ialah pengambilan makanan yang seimbang, dan mengurangkan makanan ringan yang tinggi gula, garam, dan lemak.


Mega888
Xan Asia BM
Logo