6 Produk Kurus Terbaik dan Berkesan di Watsons

Table of Contents

Dalam post kali ini, kami akan ceritakan tentang produk-produk kurus yang ada di Watsons dan drugstore Malaysia yang lain.

Industri supplement dan kesihatan memang sangat lucrative. Ramai yang sanggup berbelanja banyak demi mendapatkan level kesihatan yang optimum.

Sama macam supplement lain, ada lambakan pil kurus yang boleh anda beli di luar sana. Produk-produk ini mudah dibeli di pasar malam dan online.

Banyak juga yang tak berdaftar, jadi entah apalah ramuan yang dimasukkan dalam pil tu. Seram kan? 

So, tanpa berlengah lagi jom kita explore produk kurus yang dijual di Watsons yang selamat diambil. Yang penting, keberkesanan produk-produk di-back up oleh sains.

1. Garcinia Cambogia

Garcinia Cambogia ialah sejenis herba yang tumbuh di negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Banyak supplement kurus yang menggunakan garcinia sebagai bahan utama dan tambahan.

Bahan aktif dalam garcinia ialah hydroxycitric acid. Hydroxycitric acid ini bertindak mengurangkan penghasilan lemak. 

Dengan garcinia, tahap serotonin dalam badan makin tinggi untuk mengurangkan rasa lapar yang berlebihan. Jadi garcinia akan support misi diet anda terutamanya dengan mengurangkan craving terhadap makanan manis. Tahap kolesterol jahat turut berkurang.

Kajian oleh Journal of Obesity menunjukkan mereka yang mengambil supplement garcinia kehilangan purata 1kg lebih dari mereka yang tak mengambil supplement ini.

GNC Garcinia Cambogia 500mg

GNC Garcinia Cambogia 500mg​ | Xan Asia

Supplement GNC Garcinia Cambogia mengandungi 500mg ekstrak garcinia cambogia yang dikeringkan dan dikisar tanpa tambahan bahan lain.

Produk ini juga dikapsulkan dalam kapsul berasaskan sayuran, sesuai untuk mereka yang menjalani vegetarian diet.

GNC Garcinia Cambogia mempunyai ratusan review positif dari pengguna. Kebanyakannya menyatakan yang nafsu makan semakin terkawal, jadi pengambilan makanan tak sihat juga berkurang.

Lennox Tea

Lennox Tea | Xan Asia

Jika anda prefer mengambil supplement dalam bentuk minuman berbanding dengan tablet, anda boleh cuba Lennox Tea.

Dengan formulasi teh juga, anda boleh mengurangkan pengambilan air 3-in-1 seperti Nescafe dan Milo yang padat dengan simple sugar.

Selain garcinia, Lennox Tea mengandungi ekstrak teh hijau dengan kafein. Dari segi penurunan berat badan, kafein membantu pembakaran lemak.

Teh hijau ialah minuman yang kaya dengan anti-oksida. Salah satu anti-oksida iaitu epigallocatechin mampu meningkatkan metabolisma badan seterusnya membantu mengurangkan berat badan.

L-carnitine dalam minuman ini pula menggerakkan lemak ke dalam sel untuk dibakar menjadi tenaga. Kesan pengurangan berat badan dengan L-carnitine lebih ketara dalam orang yang obesiti.

2. Green Tea

Teh hijau ialah minuman yang kaya dengan anti-oksida dan caffeine. Salah satu anti-oksida dalam teh hijau ialah catechin yang mempercepatkan metabolisma badan serta membakar lemak berlebihan.

Gabungan kafein dan catechin pula meningkatkan penggunaan tenaga dalam badan.

Sebuah review terhadap 11 kajian sains tentang pengambilan supplement teh hijau membuktikan yang teh hijau dalam kuantiti lebih daripada 300mg sehari menyebabkan penurunan berat badan sebanyak lebih kurang 1.3kg. 

Bonlife Green Tea Extract Capsule

Bonlife Green Tea Extract Capsule​ | Xan Asia

 

Satu supplement teh hijau dengan dos tinggi ialah Bonlife Green Tea Extract Capsule. Setiap capsule mengandungi 300mg teh hijau, bersamaan dengan 3-5 cawan teh hijau.

Jadi, kalau anda tak gemar rasa pahit teh hijau tetapi ingin mendapatkan manfaatnya, anda boleh mengambil supplement dalam bentuk kapsul ini.

Selain mengawal berat badan, teh hijau juga mengurangkan risiko kanser, menguatkan sistem imuniti badan, dan boost fungsi otak.

3. Calcium dan Vitamin D.

Calcium dan vitamin D ialah dua zat penting untuk mengekalkan kepadatan tulang. Tapi tak ramai yang tahu, sebenarnya kedua-dua zat ini juga penting untuk menurunkan berat badan.

Vitamin D boleh didapati dengan pendedahan kulit kepada cahaya matahari. Tapi untuk orang yang selalu duduk indoors, susah untuk dapatkan jumlah vitamin D yang cukup, walaupun dengan pengambilan makanan yang seimbang.

Lazimnya rakyat Malaysia pula akan kurang pengambilan kalsium. Sebab diet harian kita kurang susu, keju, dan bahan tenusu lain.

Dalam kalangan orang yang obesiti, kandungan vitamin D didapati lebih rendah daripada orang biasa.

Sebuah kajian pada tahun 2011 menunjukkan orang yang mengambil 300mg kalsium dan 100IU vitamin D mengalami pengurangan berat dan lemak perut yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tak mengambil supplement ini.

Caltrate 600 Plus

Caltrate 600 Plus​ | Xan Asia

Caltrate ialah supplement calcium dan vitamin D yang memenuhi keperluan harian orang dewasa setiap hari.

Calcium carbonate dalam supplement ini mudah diserap dalam usus disebabkan vitamin D. Magnesium pula mengekalkan kesihatan tulang yang optimum agar tulang anda sentiasa kuat walaupun banyak exercise.

Dosing juga kecil, sama ada satu hingga dua tablet sehari. Sesuai untuk mereka yang selalu lupa makan supplement.

4. Vitamin B

Vitamin B seperti B1, B2, B3, dan B12 penting bagi metabolisma badan. Vitamin B1 khususnya diperlukan bagi penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Dengan kandungan vitamin B yang cukup, metabolisma anda mampu memproses lemak, karbohidrat, dan protein untuk ditukarkan menjadi tenaga. Jadi, anda mudah untuk mendapat tenaga dari makanan, dan makanan pula tak terkumpul menjadi lemak.

Blackmores Mega B.

Blackmores Mega B Complex

Blackmores Mega B ialah supplement vitamin B complex dengan kandungan vitamin yang tinggi. Selain baik untuk tenaga, supplement ini juga penting untuk menyokong metabolisma badan anda.

Supplement ini ideal bagi mereka yang kerap bersenam supaya bahan makanan ditukarkan kepada tenaga dengan efisien. Dengan penggunaan tenaga yang lebih, anda mungkin mendapati selera makan juga bertambah.

Jadi pastikan anda tidak mengambil jumlah kalori yang terlalu banyak dan dapatkan nutrisi yang lengkap, sesuai dengan berat badan dan tahap aktiviti anda.

5. Magnesium

Magnesium ialah satu lagi mineral yang mempunyai banyak fungsi dalam badan. Antaranya ialah:

• Membantu penghasilan tenaga.

• Mengawal paras gula dalam darah.

• Menyokong fungsi saraf.

• Diperlukan dalam contraction otot.

Magnesium diperlukan dalam ratusan fungsi enzyme, termasuk yang diperlukan untuk menghadam makanan. Walaupun zat ini mudah didapati daripada pemakanan, ramai orang yang tidak mengambil jumlah magnesium yang cukup setiap hari.

Bagi mengurangkan berat badan, magnesium harus diambil beserta kawalan kalori, senaman yang cukup, dan makanan berkhasiat.

Dengan magnesium yang cukup dalam badan, kekejangan otot semasa bersenam juga dapat dielakkan. Anda juga kurang rasa lapar hingga ingin snacking.

Blackmores Magnesium

Blackmores Magnesium​ | Xan Asia

Supplement daripada Blackmores ini mengandungi magnesium aspartate dihydrate yang mudah diserap ke dalam darah supaya kesannya lebih efektif.

Selain membantu pengurangan berat badan, supplement ini juga memelihara kesihatan otot dan tulang. Rasa letih dan lesu juga berkurang kerana magnesium penting bagi penghasilan tenaga.
Produk ini bebas gluten, gandum, bahan tenusu, pengawet, dan perasa. Jadi sesuai diambil oleh mereka dengan dietary restrictions seperti Crohn’s disease dan lactose intolerance.

6. Prebiotics

Prebiotic dan probiotic ialah dua bahan penting untuk mendapatkan penghadaman yang sihat. Probiotic ialah bakteria baik manakala prebiotic ialah makanan untuk bakteria baik dalam usus.

Jika anda mempunyai masalah sembelit dan perut berangin, terutamanya ketika berdiet, anda boleh mencuba supplement prebiotics. Populasi bakteria dalam usus turut dikaitkan dengan masalah obesiti, namun cara sebenar prebiotic dan probiotic dapat membantu pengurusan badan masih dalam kajian.

Signature Market Fruit Fibre DX-Plus

Signature Market Fruit Fibre DX-Plus​ | Xan Asia

Signature Market Fruit Fibre DX-Plus ialah minuman kesihatan dengan ekstrak buah-buahan semula jadi. Produk ini turut mengandungi prebiotic seperti Inulin, spirulina yang kaya dengan vitamin, dan Psylllium Husk dengan kandungan serat yang tinggi.

Minuman serat buah-buahan ini tidak mengandungi senna yang menyebabkan perut memulas untuk ke tandas atau kebergantungan untuk buang air besar. Sesuai dijadikan minuman pada waktu pagi dengan sarapan anda. 

 

Penutup

Jadi inilah 6 supplement kurus yang selamat dan paling berkesan di Watsons. Walaupun setiap bahan yang kami kongsikan ada bukti sains, kesan pengambilan hanya menunjukkan pengurangan berat badan dalam satu atau dua kilogram sahaja.

Sebabnya, badan kita sangat rumit dan tidak akan membenarkan penurunan berat badan yang drastik. Sama seperti procedure liposuction, pengurangan lemak yang terlalu pantas akan merosakkan keseimbangan sistem dalam badan dan boleh membawa maut.

So, padankan supplement ini dengan gaya hidup sihat untuk dapatkan kesan yang optimum. Kira jumlah kalori yang sesuai untuk anda, kerapkan bersenam, amalkan pengambilan makanan yang sihat, serta jauhkan makanan yang banyak gula dan minyak. Selamat mencuba!

Similar Posts