5 Oven Terbaik di Malaysia

Table of Contents

Oven
ialah alat memasak yang sangat versatile. Banyak masakan yang boleh disediakan
dengan oven dari menu utama ke pemanis mulut.

Dapur
pon bersih sebab percikan minyak tertutup dalam oven. 

Dengan
adanya oven, anda boleh buat berbagai jenis menu. Nak baking biskut boleh, nak
buat cheesecake boleh, nak panggang ayam untuk diet pon boleh.

 

Kalau
anda baru nak berjinak-jinak dengan baking, anda wajib ada satu oven yang
berkualiti dan reliable. Sebelum kita tengok oven-oven terbaik yang ada di
Malaysia, ini ciri-ciri yang perlu anda consider sebelum membeli oven.

1. Saiz. 

Kalau anda plan untuk baking ayam dan kek untuk dua orang atau keluarga kecil, oven dengan kapasiti kecil sudah memadai. 

Oven yang kecil ada kapasiti lebih kurang 35-40 Liter. Harga juga lebih berpatutan untuk oven bersaiz kecil.

Tapi untuk kegunaan komercial dan berniaga, takkan nak masak banyak kali kan? So pilih oven industri dengan banyak tingkat.

2. Convection atau Conventional.

Oven jenis convection ada kipas. Kipas ni bertujuan memberi pemanasan sekata dalam makanan yang dimasak.

Tapi tak semua jenis makanan yang sesuai dimasak dengan convection oven. 

Convection oven ialah pilihan yang baik untuk membakar biskut atau cookies, dan panggang ayam. Kalau batter basah macam kek akan cepat hangus bila pakai oven kipas.

Oven conventional pula jenis yang ada satu atau dua punca haba, tanpa kipas. Ideal untuk baking kek, kek lava, souffle, dan batter basah lain.

Lagi baik, beli jenis yang boleh pilih kipas atau tak ada kipas. Mahal sikit, tapi sangat berbaloi.

3. Ruang

Kebanyakan oven yang ada dekat Shopee dan Lazada jenis table top. Jadi kena sediakan space untuk oven ni.

Satu lagi option ialah oven built-in dalam kabinet. Kalau tengah design rumah, pilihlah terus oven built-in. Jimat ruang work-top dapur. 

 

Tanpa berlengah lagi, ini enam oven terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

 

1. Oven Terbaik Keseluruhan: Rubine 8 Function Built-In Oven (70 L) RBO-LAVA-70SS

Rubine 8 Function Built-In Oven (70 L) RBO-LAVA-70SS | Xan asia

Oven keluaran syarikat Itali ini kami pilih sebagai yang terbaik sebab ianya mampu memenuhi segala keperluan memasak anda. Jadi, beli satu oven ni sahaja dah memadai.

Kenapa kami kata begini? Pertama sekali kapasitinya besar iaitu 70 liter, so tak ada masalah nak masak hidangan untuk family yang besar atau untuk jamu tetamu.

Anda juga boleh pilih antara 8 program yang dah preset ke dalam oven ini. Nak guna kipas atau tidak, pemanasan atas dan bawah atau salah satu, semua terpulang kepada resipi anda.

Kek, biskut, ayam golek, semua boleh dimasak dengan Rubine 8 Function Buil-in Oven ni.

Berbeza dengan oven lain, anda boleh defrost lauk beku dalam oven ni kalau nak masak dengan cepat. Mudah kan?

Satu lagi feature yang best dalam produk ni ialah pintunya boleh dicabut. Mungkin anda pelik, kenapa pula nak tanggalkan pintu oven?

Dengan pintu yang boleh ditanggalkan, semua baki minyak yang terkumpul dalam ketuhar boleh dibersihkan dengan mudah. Kalau tak, baki minyak akan tersangkut dekat bucu pintu.

Tak dapat nak dinafikan, oven ini datang pada harga yang agak mahal. Tapi kalau nak yang betul-betul berbaloi dengan features yang hebat dan rekaan yang sleek, anda takkan menyesal berbelanja lebih dengan membeli oven ini.

2. Oven Terbaik untuk Kek dan Biskut- Khind Electric Oven 100 Litres 2200w Ot100e

9284ed77cfce9d4a678ed784d1ef002a | Xan Asia

Macam yang kami terangkan di atas, anda perlukan oven jenis conventional atau tanpa kipas untuk membakar kek dengan baik. Tapi oven dengan kipas pula lebih sesuai untuk membakar biskut.

Dengan Khind 100 liter Electric Oven ni, anda boleh memilih mode masakan dengan kipas atau tanpa kipas. Kapasitinya juga besar jadi sesuai untuk baking kek hari yang bulat.

Aksesori yang datang dengan ketuhar ini termasuk rotisserie fork untuk membakar ayam golek, dua dulang membakar, serta pemanggang. 

Disebabkan oven ini ada fungsi convection atau kipas, anda juga boleh menjadikannya sebagai air fryer untuk memasak hidangan sihat dan kurang minyak.

Selain itu, design oven ini sangat mementingkan user experience. Sesuailah dengan harga yang diletakkan. Pemegang pintu ketuhar jenis tak mudah panas dan ada juga dulang untuk tadah saki-baki biskut atau kek yang terjatuh semasa dibakar. 

Dari segi keselamatan, oven ini diluluskan SIRIM dan mempunyai fungsi auto-shut dan loceng. Jadi makanan taklah hangus kalau anda leka dengan kerja lain, kan.

3. Oven Terbaik untuk Bisnes Biskut- Innofood Convection Oven 1a

Innofood Convection Oven 1a

Kalau anda seorang pengusaha bisnes cookies, time is money. Jadi, oven jenis industrial berkapasiti besar ialah satu pelaburan yang penting untuk anda jimatkan masa.

Innofood Convection Oven 1a ialah ketuhar pembakar biskut yang sangat sesuai digunakan untuk membakar biskut. Oven ini jenis convection dengan kapasiti dulang 32.5 x 45 cm.

Anda boleh membakar 4 dulang biskut sekaligus, perfect untuk small business owners yang beroperasi dari rumah.

Julat suhu yang boleh digunakan juga besar, iaitu 50-300°C. Disebabkan saiz yang luas, ada dua kipas dalam ketuhar ini untuk pastikan yang cookies anda masak sekata.

Sama macam oven biasa, oven Innofood ni ada juga lampu dari dalam supaya anda boleh tengok cookies yang tengah dibakar.

4. Oven Pintar Terbaik- Mijia Smart Steaming Oven

Mijia Smart Steaming Oven

Anda peminat produk Xiaomi? Kalau ya, anda mesti check out smart oven Mijia ni. 

Mijia Smart Steaming Oven ni bukan setakat boleh bake dan kukus makanan saja, malah boleh digunakan untuk memanggang dan membuat stew. Macam-macam resipi boleh dimasak dengan oven ni.

Jadi apa yang pintar tentang oven ni? Mijia Smart Steaming Oven datang dengan aplikasi dalam telefon dengan bermacam-macam jenis resipi supaya anda takkan kehabisan idea untuk masak setiap hari.

Selain itu, ketuhar pintar ini juga mempunyai sistem water-purification air untuk mengukus makanan. Dalam masa 30 saat, oven ini akan mula menghasilkan steam yang kuat untuk memasak makanan.

Skrin OLED membantu anda memilih mode masakan yang anda ingini. Kalau anda sudah ada speaker Xiaomi, anda boleh gunakan fungsi voice control untuk operate ketuhar ini.

Ada 5 mode pembersihan dalam Mijia Smart Steaming Oven iaitu pembersihan ketuhar baru, deep cleaning, scale cleaning, pembersihan paip, dan intracavity cleaning. Jadi sangat mudah untuk mengekalkan kebersihan ketuhar ini pada jangka masa panjang.

5. Oven Murah dan Berkualiti- MORGAN Electric Oven MEO-HC22B 20L

MORGAN Electric Oven MEO HC22B 20L | Xan Asia

Morgan Electric Oven membolehkan anda memilih suhu dari 100-250°C. Walaupun datang dalam harga yang sangat berpatutan, ketuhar ini mempunyai pelbagai fungsi preset supaya anda mudah memilih mode masakan yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ketuhar ini berkuasa tinggi. Dengan 1380 watt, masakan boleh siap dengan pantas dan mudah.

Walaupun kapasiti oven ini 20 liter sahaja, anda tetap boleh membakar grilled sandwich, kek lava, ayam, dan brownies untuk hidangan satu ke dua orang. Jadi sesuai untuk pasangan dan jika anda tinggal bersendirian.

Rata-rata pengguna berpuas hati dengan kebolehan Morgan Electric Oven ini kerana dapat memasak makanan dengan sekata walaupun tiada kipas. 

 

Penutup

Dengan adanya ketuhar, anda boleh memasak pelbagai jenis hidangan yang tak dapat disediakan dengan dapur biasa. Jadi penting untuk anda memilih ketuhar yang sesuai dengan menu yang ingin disediakan.

Kalau anda ada bajet lebih, bolehlah terus dapatkan ketuhar pintar atau Rubine 8 Function Built-in oven. Alang-alang nak beli oven tu, belilah yang bagus terus.

 

Similar Posts