8 Multivitamin Terbaik di Malaysia

image contain Blackmores Multivitamin and Mineral,Bio-Life Saw Palmetto and Pumpkin Seed, Pristin Gold Omega-3 Fish Oil, Pharmaton with Ginseng and Bio-Life Calcium & Magnesium Plus

Nutrisi yang lengkap penting bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti harian dan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Tapi kita sukar mendapatkan semua vitamin dan mineral daripada makanan. Terutamanya jika kita sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak di rumah.

Salah satu cara untuk melengkapkan nutrisi ialah dengan mengambil supplement, atau vitamin tambahan. Dengan pelbagai jenama supplement di luar sana, mungkin anda keliru. Supplement apa yang paling sesuai?

Kami sajikan lapan jenis multivitamin terbaik yang mudah didapati di Malaysia. Pilihan supplement ini berdasarkan keperluan individu, kandungan vitamin dan mineral, serta review yang baik daripada pengguna.

1

Blackmores Multivitamin and Mineral

Multivitamin Terbaik keseluruhan

Blackmores Multivitamin and Mineral | Multivitamin Terbaik
2.7k Ratings & 4.9k Sold on Shopee
Kebaikan
  • Lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral.
  • Sesuai bagi mereka yang sibuk dan perlukan tenaga tambahan.
Keburukan
  • Tidak tertumpu kepada apa-apa keperluan spesifik.
  • Kandungan vitamin B complex mungkin menambah selera makan. Jadi vitamin ini kurang sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Jenama Blackmore’s tidak asing lagi dengan pengguna Malaysia. Bertapak lebih seratus tahun dalam industri supplement dan makanan tambahan, jenama Australia ini dipercayai berjuta-juta pengguna seluruh dunia.

Blackmore’s Multivitamin and Mineral merupakan pilihan sesuai bagi anda yang ingin memastikan tubuh badan mendapat zat yang secukupnya. Supplement ini lengkap dengan:

  • Vitamin A- untuk kesihatan mata yang baik.
  • Vitamin B complex- penambah tenaga, pembuatan sel darah merah, dan selera makan. Membantu minda untuk fokus dalam aktiviti harian.
  • Vitamin C- anti-oksida dan meningkatkan imuniti badan.
  • Vitamin D- vitamin yang sangat penting untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang. Di Malaysia, ramai orang kekurangan vitamin D, terutamanya mereka yang bertudung dan bekerja di pejabat. Ini kerana vitamin D didapati daripada cahaya matahari. 
  • Vitamin E- anti-oksida yang kuat. Memelihara tubuh daripada jangkitan virus selesema dan batuk. Membantu memulihkan tubuh.
  • Folic acid- vitamin penting untuk pembuatan darah dan semua sel dalam badan.
  • Zat besi- untuk pembuatan sel darah merah dalam darah. Kekurangan zat besi mengakibatkan keletihan.
  • Kalsium- untuk tulang, kuku, dan gigi yang kuat.
  • Zink, potassium, manganese, inositol- zat-zat penting untuk fungsi tubuh harian.
2
back to menu ↑

Bio-life Astaxanthin

Multivitamin terbaik untuk wanita

Bio-life Astaxanthin | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Didatangkan dalam bentuk serbuk yang dibancuh dan diminum. Penyerapan supplement berbentuk serbuk lebih tinggi berbanding kapsul atau tablet.
  • Sumber berasaskan alga, bebas daripada sumber haiwan. Sesuai diambil mereka yang mengamalkan diet vegetarian.
Keburukan
  • Perlu dibancuh sebelum minum. Sukar jika berada di luar rumah.

Bagi kaum wanita, ramai yang mengutamakan kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Supplement yang kami pilih berasaskan astaxanthin, iaitu sejenis anti-oksida yang sangat kuat. 

Astaxanthin berasal daripada sumber laut yang berwarna merah seperti ikan trout, ikan salmon, dan udang galah. Jenama Bio-Life ini menggunakan astaxanthin daripada rumpai laut yang mengandungi 1500 kali ganda kandungan astaxanthin berbanding dengan sumber haiwan.

Kesan anti-oksida astaxanthin 6000 kali ganda lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan 40 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin E. Hasilnya, pengambilan astaxanthin yang konsisten boleh mengurangkan kesan penuaan. Astaxanthin melindungi kulit daripada kerosakan cahaya matahari yang boleh mengakibatkan jeragat dan garis halus. Supplement ini juga baik untuk rambut dan kuku yang sihat dan kuat.

Selain kebaikan kosmetik, astaxanthin juga meneutralkan radikal bebas dalam badan. Kandungan radikal bebas yang tinggi dikaitkan dengan penyakit seperti kanser dan sakit jantung. Oleh itu, pengambilan astaxanthin yang berterusan boleh mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung.

3
back to menu ↑

Bio-Life Saw Palmetto and Pumpkin Seed

Multivitamin terbaik untuk lelaki

Bio-Life Saw Palmetto and Pumpkin Seed | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Didatangkan dalam formulasi tablet yang mudah diambil.
  • Spesifik untuk kaum lelaki.
Kekurangan
  • Perlu diambil 3 kali sehari untuk kesan terbaik.

Semakin meningkat usia, semakin banyak isu yang timbul bagi kaum lelaki. Masalah kerap kencing, rambut semakin nipis, dan kurang libido semuanya disebabkan testosterone yang semakin berkurangan dalam badan.

Saw Palmetto dan pumpkin seed ialah herba yang sangat berkesan untuk membantu meningkatkan kadar testosterone semulajadi dalam badan. 

Produk ini dipasarkan dengan target lelaki yang mengalami masalah kerap kencing dan prostat untuk lelaki. Tetapi banyak lagi kelebihan supplement ini untuk kesihatan lelaki. 

Antaranya ialah melambatkan kehilangan rambut disebabkan faktor penuaan, mengimbangkan mood, meningkatkan libido, serta mengurangkan keradangan seperti sakit lutut.

4
back to menu ↑

Appeton Multivitamin with Lysine and Probiotic

Multivitamin terbaik untuk kanak-kanak

Appeton Multivitamin with Lysine and Probiotic | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Tablet boleh dikunyah berperisa buah-buahan yang sedapsitive
  • Dos hanya sekali sehari
  • Ada bentuk sirap untuk bayi bawah setahun
Keburukan
  • Kebiasaannya kanak-kanak ingin mengambil lebih daripada satu biji multivitamin.

Ibu bapa pasti sangat risau jika anak-anak kurang selera makan dan berat badan. Sebenarnya, ini masalah yang dialami ramai kanak-kanak di Malaysia.

Untuk menambah selera makan dan memastikan anak-anak mendapat nutrisi secukupnya, Appeton Multivitamin with Lysine sangat baik dan berkesan.  Supplement ini mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. 

Yang paling penting untuk menambah selera makan ialah vitamin B1 serta lysine. Selain itu, ada juga probiotik untuk membantu penghadaman si manja.

5
back to menu ↑

Pristin Gold Omega-3 Fish Oil

Multivitamin terbaik untuk warga emas

Pristin Gold Omega-3 Fish Oil | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Dos sekali sehari.
  • Bebas GMO.
Keburukan
  • Kapsul gelatin ikan.
  • Nafas berbau ikan jika sendawa selepas mengambil supplement ini.

Banyak kajian yang membuktikan kebaikan pengambilan diet Mediterranean yang mempunyai hidangan ikan seperti salmon. Kandungan Omega-3 dalam ikan berkesan sebagai anti-oksida yang kuat dan melindungi daripada sakit jantung.

Warga emas sesuai mengambil supplement minyak ikan. Minyak ikan berkesan mengurangkan risiko sakit jantung dan strok yang kerap berlaku kepada warga emas.

Kekuatan minyak ikan untuk kesihatan jantung dilihat berdasarkan kandungan EPA. Minyak ikan Pristin mengandungi jumlah EPA tertinggi iaitu 480mg EPA dalam setiap kapsul berbanding jenama lain.

6
back to menu ↑

Pharmaton with Ginseng

Multivitamin terbaik untuk kurang tidur

Pharmaton with Ginseng | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai dan berkesan sebagai penambah tenaga.
Keburukan
  • Tidak sesuai bagi wanita mengandung.

Pharmaton with Ginseng ialah sejenis multivitamin yang diformuasi khusus sebagai penambah tenaga. Jika anda seorang yang kerap bekerja sehingga lewat malam atau perlukan lebih tenaga harian, supplement ini sesuai untuk anda.

Multivitamin yang sangat terkenal di Malaysia ini mengandungi Vitamin A untuk kesihatan mata, B Complex untuk tenaga, Vitamin C untuk meningkatkan imuniti badan, Vitamin D dan kalsium untuk menguatkan tulang, Vitamin E sebagai anti-oksida, zat besi untuk penghasilan sel darah merah, dan Biotin untuk kuku dan rambut yang sihat.

Zat-zat lain yang ada dalam Pharmaton ialah folic acid, manganese, magnesium, selenium, dan lecithin. Semua ini juga penting bagi menjalankan proses semula jadi dalam badan seperti penghasilan sel baru.

Uniknya tentang supplement ini ialah penambahan ginseng. Ginseng ialah herba tradisional yang digunakan sebagai tonik penambah tenaga. Kajian pengeluar Pharmaton mendapati mereka yang mengambil supplement ini secara berterusan mempunyai tenaga dan kecerdasan mental yang lebih tinggi.

7
back to menu ↑

Bio-Life Calcium & Magnesium Plus

Multivitamin terbaik untuk kecergasan

Bio-Life Calcium & Magnesium Plus | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa, dan wanita mengandung.
Keburukan
  • Dos dewasa dua kali sehari mungkin menyukarkan pengambilan yang konsisten.

Bagi mereka yang selalu bersenam atau aktif dalam kegiatan lasak seperti hiking, supplement berasaskan kalsium dan magnesium berkesan untuk kesihatan otot dan tulang. Supplement keluaran Bio-Life ini mengandungi zat seperti kalsium yang diperlukan untuk tulang yang kuat serta vitamin D3 bagi penyerapan kalsium.

Selain itu, terdapat magnesium yang membantu masalah kekejangan otot yang sering dialami jika bersukan atau bagi wanita mengandung.

Manganese dan zinc juga menyumbang kepada kekuatan tulang serta meningkatkan imuniti badan. Kedua-dua zat ini juga mengawal paras gula dalam darah agar tidak mudah kekurangan gula semasa bersenam.

8
back to menu ↑

Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin 3, with OsteoMSM

Multivitamin terbaik untuk sakit lutut

Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin 3, with OsteoMSM | Multivitamin Terbaik
Kebaikan
  • Kombinasi sangat berkesan bagi mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fleksibiliti sendi.
Keburukan
  • Dos yang besar, 2 biji 2 kali sehari menyukarkan pengambilan.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya 2 bulan bagi melihat hasil.

Sakit lutut disebabkan osteoarthritis ialah disebabkan kehausan bahagian rawan yang bertindak sebagai kusyen pada sendi lutut. Orang yang berumur, mempunyai masalah berat badan, atau yang selalu melakukan senaman berimpak tinggi sering terkena sakit lutut.

Glucosamine dan chondroitin ialah bahan semula jadi dalam badan. Kedua-dua bahan ini menghalang penipisan rawan pada sendi dan membantu pembinaan semula rawan. Ramai yang mengatakan glucosamine turut membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan osteoarthritis.

Methylsulfonylmethane atau lebih dikenali sebagai MSM ialah supplement anti-radang. Kombinasi MSM dalam supplement osteoarthritis meredakan keradangan dalam sendi dan mengurangkan rasa sakit.

back to menu ↑

Kesimpulan dan soalan lazim

Multivitamin atau supplement ialah pelengkap makanan yang bertujuan memberikan kesihatan optimum pada badan dan menyelesaikan masalah kesihatan yang tertentu. Sebagai pelengkap nutrisi harian, boleh juga mengambil multivitamin biasa seperti jenama Blackmore’s.

Perlukah anda mengambil supplement?

Sebenarnya, pengambilan supplement tidak wajib untuk mendapatkan tahap kesihatan yang ideal. Terutamanya jika anda menjaga pemakanan dan menggunakan bahan-bahan yang segar dan pelbagai dalam masakan.
Vitamin yang paling sukar didapati ialah Vitamin D. Vitamin ini dihasilkan dalam kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium dan kekuatan tulang.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan, banyak supplement atau vitamin yang terbukti membantu mengurangkan masalah tersebut. Jadi pilihlah supplement atau multivitamin yang sesuai untuk anda.

Apakah jenama multivitamin terbaik di pasaran Malaysia?

Banyak jenama yang telah menjadi ‘house-hold’ brand, kerana telah bertapak sangat lama di Malaysia. Jenama seperti Blackmore’s dan Appeton sangat sinonim dengan pasaran supplement di negara ini. Yang penting ialah memastikan supplement yang diambil memenuhi keperluan badan, bukan melihat jenama semata-mata.

Bagaimana untuk saya pastikan supplement ini selamat diambil?

Supplement atau multivitamin ialah produk terkawal di Malaysia. Sebelum dipasarkan, kandungan supplement akan diuji agar tidak mengandungi bahan merbahaya kepada badan.
Banyak juga supplement di luar sana yang mengandungi bahan berbahaya seperti steroid. Sebelum membeli, pastikan supplement tersebut mempunyai nombor MAL dan didaftarkan di Malaysia. Anda boleh ke laman Quest3 untuk memastikan supplement yang ingin dibeli telah berdaftar di Malaysia.

Mega888
Xan Asia BM
Logo