8 jenama pampers terbaik untuk bayi di Malaysia

8 jenama pampers terbaik di malaysia | Xan Asia

Lampin bayi ialah keperluan asas banyak keluarga di Malaysia. Sebelum lampin pakai buang diperkenalkan, kebanyakan ibu bapa menggunakan kain lampin guna semula. Cara ini agak menyusahkan kerana perlu rendam dan cuci kain lampin.

Oleh itu, kebanyakan ibu bapa bekerjaya lebih suka membeli lampin pakai buang. Ada banyak jenis lampin bayi dengan range harga yang besar, bergantung kepada jenama dan fungsi.

Ingin tahu lebih lanjut tentang pemilihan lampin bayi, cara jimatkan wang, serta lampin paling digemari ibu bapa di Malaysia? Pastikan anda baca artikel ini.

Tips Beli Pampers Newborn.

Ibu bapa yang bakal menyambut anak sulung biasanya sangat teruja membeli persiapan bayi. Ramai terburu-buru membeli lampin bayi pukal secara online.

Tips paling penting dalam memilih lampin bayi bagi peringkat newborn ialah untuk membeli satu atau dua bungkus sahaja dahulu.

Sebabnya, kita tidak tahu reaksi kulit bayi terhadap lampin selagi tidak dicuba. Mungkin tidak sesuai dan perlu tukar kepada jenama lain.

Selain itu, bayi newborn membesar dengan sangat cepat. Membeli lampin berkotak-kotak boleh menjadi pembaziran jika sudah tidak muat dipakai selepas sebulan.

Ciri-Ciri Penting dalam Lampin

Dengan lambakan lampin bayi di pasaran, ibu bapa kadang-kala sukar untuk memilih lampin terbaik untuk anak. Sudah tentu semua orang mahukan penjimatan, tetapi lampin mana paling berbaloi?

Untuk memudahkan pilihan, pertimbangkan dahulu aspek-aspek ini sebelum membeli lampin bayi.

Penyerapan. Ini faktor penting dalam pemilihan lampin bayi. Lampin pakai buang biasanya menggunakan super absorbent polymer (SAP) untuk menyerap air kencing dan najis bayi. Jika anak anda minum susu banyak pada waktu malam, perlu pilih lampin dengan penyerapan tinggi agar tidak bocor pada waktu pagi.

Risiko Kebocoran. Untuk mengelakkan kebocoran, kebanyakan lampin bayi mengandungi lapisan pelindung kebocoran di sekeliling peha bayi. Ada pula yang menyertakan zon penyerapan tinggi dalam lampin.

Jika lampin sedia bayi anda kerap bocor walaupun belum penuh, cuba tukar kepada jenama lain yang mempunyai ciri-ciri ini. Tip lain untuk menjimatkan kos ialah dengan menggunakan lampin bajet pada waktu siang, manakala lampin premium pada waktu malam.

Harga. Lampin digunakan setiap hari sehingga anak berjaya potty train. Jadi, harga juga menjadi penentu utama pemilihan lampin. Lampin premium biasanya mempunyai ciri seperti chlorine-free atau penyerapan sangat tinggi.

Ibu bapa boleh mengurangkan kos dengan membeli lampin biasa sahaja jika kulit anak tidak sensitif atau ekzema.

Bahan Kimia. Jika bayi anda sering terkena ruam lampin, anda perlu memilih lampin untuk kulit sensitif. Lampin sebegini menggunakan material yang lebih lembut kepada kulit seperti kapas. Ada juga lampin yang menggunakan bahan kimia yang minima, seperti jenama AppleCrumby dan Huggies NatureMade.

Tape atau Pants. Untuk bayi yang mula merangkak atau berjalan, lampin biasa jenis tape sukar dipakaikan kerana bayi tidak duduk diam. Jika begini, bolehlah membeli lampin jenis pants atau seluar.

Lampin jenis pants hanya berkesan jika betul-betul muat pada badan bayi dan tidak longgar. Bila longgar, kebocoran air kencing sangat mudah berlaku.

Kini, bukan jenama MamyPoko sahaja yang mengeluarkan lampin pants, tapi jenama lebih murah turut mengikuti trend ini. Jadi banyak pilihan untuk ibu bapa di luar sana.

1

Pampers Bayi Genki

Genki pampers | Xan Asia
64.6k followers on Shopee | 91.2k rating
Kebaikan
  • Kulit Sensitif
  • Lapisan Penyerapan Ultra

Lampin jenama Genki! ialah jenama Jepun yang baru memasuki pasaran Malaysia. Walaupun tidak se-gah jenama besar lain, lampin ini telah mendapat sambutan sangat baik dari pengguna tempatan terutamanya bagi bayi yang sering terkena ruam lampin.

Produk ini didatangkan dengan pilihan tape atau pants. Bahagian tengah lampin pula mempunyai kekuatan penyerapan ultra, jadi anda tak perlu risau tentang kebocoran lampin.

2
back to menu ↑

Pampers AppleCrumby

AppleCrumby Pampers | Xan Asia
81.8k followers on Shopee | 51.3k rating
Kebaikan
  • Bebas Chlorine dan Pewarna
  • Bahan Berasaskan Tumbuhan

Jika anak anda mempunyai kulit yang sangat sensitif ataupun ekzema, lampin bayi AppleCrumby mungkin pelaburan yang berbaloi untuk si manja. Produk ini menggunakan bahan berasaskan tumbuhan bagi mengurangkan rasa gatal dan radang pada kulit bayi.

Material yang bersentuhan dengan punggung bayi sangat lembut. Proses penghasilan lampin AppleCrumby juga tidak menggunakan klorin yang boleh menjejaskan sistem pertahanan kulit.

Untuk bayi dengan ruam lampin yang teruk, anda perlu tukar lampin jika sudah penuh. Penunjuk kelembapan pada bahagian luar lampin memberitahu anda sudah tiba masa untuk menukar lampin bayi. Secara keseluruhannya, semua ciri-ciri premium lampin ini bertepatan dengan harga produk ini.

3
back to menu ↑

Pampers Bayi PetPet

Petpet pampers | Xan Asia
121.9k followers on Shopee | 174.8k rating
Kebaikan
  • Breathable
  • Penyerapan Ultra

Jenama PetPet tidak asing lagi di negara ini. Untuk peringkat newborn, lampin PetPet mempunyai zon keselesaan perut yang memberi ruang kepada tali pusat yang belum tertanggal.

Zon BluDry dalam lampin ini mempunyai penyerapan sangat tinggi. Lembapan daripada air kencing dan najis bayi akan disebarkan keseluruh lampin agar kulit bayi kekal kering sepanjang hari.

Lampin PetPet ialah produk dalam kategori harga mid-range. Produk ini sesuai untuk kulit yang tidak terlalu sensitif tetapi masih mengutamakan penyerapan yang tinggi.

4
back to menu ↑

Pampers Whoopee

Whoopee Tape premium diapers | Xan Asia
28.8k followers on Shopee | 31.8k rating
Kebaikan
  • Jimat
  • Penyerapan Baik

Lampin keluaran Whoopee mengutamakan penjimatan tanpa berkompromi dengan kualiti.

Bahagian dalam lampin ini mempunyai lapisan penyerapan pantas bagi mengoptimumkan keselesaan bayi. Bahagian tengah pula campuran serat dan polymer agar dapat menyerap lembapan dengan banyak.

Bahagian dalam lampin lembut, manakala lapisan paling luar breathable. Akhir sekali, bahagian pinggang yang fleksibel membolehkan pemakaian lampin yang ketat tetapi selesa.

5
back to menu ↑

Pampers MamyPoko

MamyPoko pampers | Xan Asia
60.9k followers | 37.2k rating on Shopee
Kebaikan
  • Kapas Organik
  • Penyerapan Baik

MamyPoko ialah jenama lampin bayi nombor satu di Jepun yang sangat terkenal di Malaysia.

Keistimewaan lampin ini ialah lapisan kapas organik bagi range MamyPoko Pants yang sesuai dengan kulit sensitif. Selain itu, bahagian tepi lampin mempunyai pelindung kebocoran lembut yang mengikut bentuk badan bayi.

MamyPoko turut menampilkan ciri penyerapan ultra untuk kegunaan waktu malam dan indikator kelembapan.

Jenama lampin ini terdiri daripada rangkaian produk seperti pants, extra dry, premie, serta tape biasa yang sesuai untuk semua bayi.

6
back to menu ↑

Pampers Huggies

Huggies diapers | Xan Asia
Kebaikan
  • Pelindung Kebocoran Dua Lapis
  • Kekal Kering Selama 10 Jam

Jika lampin bayi anda kerap bocor, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada jenama Huggies. Lampin Huggies mempunyai lapisan dalam dengan lubang micro untuk penyerapan cepat dan pelindung kebocoran tepi dua lapis.

Lampin ini mempunyai 3 rangkaian produk utama iaitu Huggies Dry yang biasa, Huggies Natural Soft dengan kapas semula jadi, dan Huggies NatureMade tanpa bahan kimia.

Jenama ini mengeluarkan lampin tape dan pants dengan bahagian pinggang sangat elastik. Rekaan ini penting bagi keselesaan bayi dan pemakaian lampin yang tidak longgar.

7
back to menu ↑

Pampers Fitti

FITTI Tape Diaper Jumbo Pack XL42
Kebaikan
  • Bajet
  • Tape dan Pants

Jenama Fitti ialah pengeluar lampin bayi bajet yang sudah bertapak lebih 15 tahun di Malaysia. Walaupun dalam kategori bajet, lampin ini turut menyediakan ciri-ciri seperti lampin mid-range.

Tape velcro pada lampin ini boleh dibuka dan dipasang semula berulang kali. Selain itu, penyerapan lampin ini agak tinggi untuk harga bajet.

Keselesaan bayi ditingkatkan dengan lapisan luar breathable serta material yang lembut pada kulit bayi. Secara keseluruhannya, lampin Fitti ialah yang terbaik untuk kategori bajet.

8
back to menu ↑

Pampers Diapex

diapex wonder pants diapers | Xan Asia
11.8k followers | 6.3k rating on Shopee
Kebaikan
  • Selembut Kapas
  • Penyerapan Tinggi

Terkenal dengan produk lampin dewasa, jenama Diapex juga mengeluarkan beberapa rangkaian produk untuk lampin bayi. Contohnya, Cutie Dry iaitu lampin bajet, Diapex Easy untuk tape, dan Wonder Pants.

Setanding jenama lampin lain, lampin Diapex mempunyai tape Velcro yang boleh dilekat berulang kali. Permukaan dalam lampin juga selembut kapas.

Istimewanya Diapex Wonder Pants ialah penyerapan lima kali ganda. Lapisan dalam lampin ini bersifat anti-bakteria untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kulit bayi.

back to menu ↑

Kesimpulan

Lampin bayi ialah keperluan yang akan dibeli saban bulan oleh hampir semua keluarga dengan anak kecil. Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk membeli lampin yang tepat, bergantung kepada jenis kulit bayi, penyerapan lampin, serta bajet ibu bapa.

Mega888
Xan Asia BM
Logo