5 Vitamin Untuk Tenaga Yang Berkesan di Watsons

5 Vitamin Untuk Tenaga Yang Berkesan di Watsons

Table of Contents

Dalam article kali ini, kami sajikan 5 jenis vitamin dan supplement untuk menambah tenaga yang boleh dijumpai di Watsons dan drugstore lain di Malaysia.

Adakah anda mempunyai anak kecil atau persekitaran kerja yang stressful? Mungkin juga anda seorang student yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignment.

Tidak kira apa gaya hidup anda, ramai yang mendapati tahap tenaga mereka rendah terutamanya menjelang malam.

Puncanya? Tentulah disebabkan makan dan tidur yang tak menentu. Kurang bersenam juga boleh menjadi sebab anda sentiasa rasa lesu.

Cara yang terbaik untuk menambah tenaga adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat. Kalau anda terlalu sibuk dan tak ada masa untuk diet dan exercise, jangan risau.

Ada banyak supplement dan vitamin yang terbukti berkesan dan boleh digunakan untuk memberi tenaga. Inilah lima jenis vitamin dan supplement herba untuk boost tenaga anda.

Pharmaton Capsules with Selenium
  • Multivitamin tenaga
  • Multivitamin fokus
  • Multivitamin tenaga batin lelaki

Pharmaton ialah sejenis multivitamin dan mineral keluaran syarikat pharma gergasi Perancis, Sanofi. Menariknya tentang supplement ini ialah banyak kajian yang dilakukan untuk membuktikan yang produk ini berkesan.

Hasil kajian menunjukkan Pharmaton, berbanding dengan multivitamin lain tanpa ginseng mampu memberikan lebih tenaga dan ketahanan mental. Kajian yang disertai lebih 500 orang ini turut menunjukkan yang Pharmaton baik untuk mereka yang sukar fokus.

Pharmaton Capsules with Selenium mengandungi multivitamin seperti vitamin A, B complex, C, D3, dan mineral seperti manganese, magnesium, dan zat besi.

Bahan penambah tenaga yang utama dalam supplement ini ialah ginseng. Ginseng ialah sejenis akar kayu yang digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Selain menambah tenaga, ginseng juga menajamkan minda dan mempunyai kesan anti-radang.

Bagi kaum lelaki, ginseng dalam multivitamin Pharmaton mampu mengurangkan symptom erectile dysfunction atau mati pucuk.

Pharmaton Capsules with Selenium ialah multivitamin penambah tenaga yang sesuai digunakan bagi mereka yang pentingkan pengekalan berat badan. Kerana supplement ini tidak mengandungi kandungan vitamin B yang tinggi. Jadi kurang potensi untuk menambah selera makan.

Vitamode CoQ10 Ubiquinol
  • Supplement kesuburan
  • Suppement anti-oksida
  • Supplement tenaga

Co-enzyme Q10 ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh mitochondria. Dan mitochondria berfungsi menghasilkan tenaga. Sebab itulah pengambilan CoQ10 sebagai supplement boleh menambah tenaga anda.

Kandungan CoQ10 dalam badan semakin berkurang dengan umur yang meningkat. Jadi supplement ini sesuai digunakan bagi orang yang berumur.

Bukan itu sahaja, kajian sains menunjukkan yang CoQ10 mempunyai banyak manfaat kesihatan lain. Antaranya ialah bertindak sebagai anti-oksida yang kuat, jadi risiko serangan jantung dan kanser dapat dikurangkan.

CoQ10 turut digunakan dengan meluas sebagai supplement kecantikan kulit. Kesan anti-oksida dalam ubiqionol melindungi kerosakan kolagen disebabkan pancaran UV serta mencegah penghasilan jeragat dan garis halus.

Bagi lelaki, CoQ10 ialah supplement yang ideal bagi menambah kesuburan dan tenaga batin lelaki. Ubiquinol akan menambah kepekatan dan kualiti sperma dalam air mani.

Jika anda pernah membandingkan supplement CoQ10 di pasaran, anda akan mendapati Vitamode CoQ10 Ubiquinol lebih mahal daripada yang lain. Benar, sebab CoQ10 datang dalam dua bentuk iaitu ubiquinol dan ubiquinone.

Ubiquinol dalam Vitamode CoQ10 ialah bentuk yang lebih mudah untuk diserap dalam badan. Jadi anda dapat melihat kesan pengambilan supplement ini dengan cepat. Sebab itulah supplement CoQ10 keluaran Vitamode ini antara yang terbaik di pasaran Malaysia.

Sangobion | Xan Asia
  • Supplement tambah darah
  • Multivitamin dan mineral tambah tenaga
  • Multivitamin tenaga wanita

Satu lagi punca keletihan terutamanya dalam kalangan wanita ialah kekurangan darah atau anaemia. Selain rasa penat, tanda kekurangan darah ialah kulit yang kelihatan pucat dan selalu rasa pening.

Anaemia mungkin disebabkan haid yang panjang atau pemakanan harian yang kurang zat besi. Dalam situasi begini, anda boleh mengambil supplement tambah darah seperti Sangobion.

Sangobion mengandungi zat besi, folic acid, vitamin B12, vitamin C, manganese, dan copper.

Zat besi dalam supplement ini bersamaan 30mg elemental iron. Dos ini tidak terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kesan sampingan seperti sembelit. Sorbitol, iaitu bahan semula jadi dalam buah-buahan juga memainkan peranan yang sama agar anda tidak sukar buang air besar.

Penyerapan zat besi pula dibantu oleh viamin C yang menyebabkan persekitaran usus berasid. Selain itu, folic acid dan vitamin B12 melengkapkan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel darah merah.

Sangobion juga boleh diambil oleh ibu mengandung pada awal kandungan. Kerana supplement ini mengandungi folic acid iaitu zat penting bagi mengelakkan neural tube defect dalam bayi.

Himalaya Ashwagandha | Xan Asia
  • Supplement stress
  • Supplement bantu tidur
  • Supplement tambah tenaga

Ashwagandha ialah herba tradisional yang tidak asing lagi dalam perubatan Ayurvedik India. Disebabkan penggunaan sejak berkurun lamanya, banyak kelebihan ashwagandha berjaya dijumpai serta diakui kajian sains moden.

Saintis berpendapat herba ini menambah tenaga dengan meningkatkan daya tahan badan terhadap tekanan fizikal dan mental. Bila anda kurang terjejas dengan stress, maka penggunaan tenaga akan berkurang.

Dari segi ketahanan fizikal, jisim otot dan kekuatan badan lebih tinggi bagi mereka yang mengambil ashwagandha.

Ashwagandha juga mampu meningkatkan fungsi otak serta menguatkan ingatan. Kelebihan ini lagi terserlah dalam pesakit yang mengalami kecederaan otak.

Ashwagandha boleh dikategorikan sebagai herba yang sangat relaxing. Selain mengurangkan tanda-tanda kemurungan, herba ini mampu mengurangkan stress dan anxiety. Dengan minda yang clear, anda boleh dapatkan rehat secukupnya pada waktu malam.

Jika anda kerap rasa letih disebabkan masalah tidur, ashwagandha boleh membantu. Supplement ini akan mengurangkan tahap cortisol dalam badan. Hasilnya, anda mudah terlena pada waktu malam. Tahap cortisol yang rendah dalam badan juga dikaitkan dengan paras gula yang stabil serta mengurangkan penyimpanan lemak pada perut.

Disebabkan fungsi ashwagandha terhadap mood, supplement ini ideal bagi mereka yang letih disebabkan mudah panik dan rasa overwhelmed.

Blackmores Mega B Complex

Vitamin B1, B12, dan B6 ialah vitamin yang penting bagi mereka yang ingin kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.

Dalam banyak-banyak vitamin B complex yang ada di Malaysia, keluaran Blackmores mengandungi kuantiti yang banyak. Formulasi baru jenama Blackmores ini benar-benar fokus kepada pengguna yang perlukan tenaga dan fokus yang tinggi.

Kandungan Blackmores Mega B Complex ialah:

·        Vitamin B1: 50mg

·        Vitamin B2: 30mg

·        Vitamin B3: 100mg

·        Vitamin B6: 50mg

·        Vitamin B12: 50mcg

Selain itu, supplement ini juga mengandungi folic acid, calcium, choline, dan biotin. Folic acid dan vitamin B12 diperlukan dalam pembuatan sel darah merah, manakala choline pula membantu penghadaman lemak dan pembentukan sel.

Vitamin B complex, terutamanya dalam dos yang tinggi seperti ini mungkin membuatkan anda bertambah selera makan. Jadi supplement ini perfect untuk mereka yang kurang berat badan untuk bertindak sebagai sebagai pembuka selera.

Penutup

Banyak supplement di luar sana yang menjanjikan pelbagai manfaat kepada pengguna, termasuklah menambah tenaga. Yang penting bukanlah jenama multivitamin dan supplement penambah tenaga, tetapi kandungan di dalamnya.

Supplement dengan ashwagandha, vitamin B complex, ginseng, zat besi, dan CoQ10 dapat membantu meningkatkan tenaga seharian anda.

Sebelum mengambil apa-apa multivitamin dan supplement, pastikan produk pilihan anda sesuai dengan gaya hidup, penyakit yang anda alami, serta ubat yang diambil. Dan tentunya, semak produk pilihan anda dan pastikan ianya berdaftar di Malaysia.

Mega888
Xan Asia BM
Logo