8 toner terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat di Malaysia

Toner Terbaik Di Malaysia | Xan Asia

Toner ialah sejenis produk penjagaan kulit yang sangat lama berada di pasaran. Ramai yang merasakan bahawa rutin penjagaan kulit harian tidak lengkap tanpa toner. Ada juga yang berpendapat bahawa toner tidak memberi apa-apa kesan kepada kulit.

Apa Itu Toner dan Fungsinya kepada Kulit.

Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang fungsi toner, kita perlu tahu dahulu apa produk yang boleh dikategorikan sebagai toner.

Toner ialah produk kecantikan berasaskan air. Semasa awal perkembangan, toner dikhususkan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Toner ini mempunyai kandungan witch hazel dan alkohol yang tinggi untuk menanggalkan minyak pada kulit. Tetapi kandungan alcohol yang tinggi sangat mengeringkan dan tidak sesuai untuk semua jenis kulit.

Toner terbaik yang baru di pasaran mengandungi pelbagai jenis bahan dengan fungsi berbeza. Ia juga tidak terlalu mengeringkan. Fungsi utama toner ialah:

  • Membersihkan kekotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
  • Mengembalikan khasiat kepada kulit selepas cucian.
  • Bertindak sebagai primer, atau menyediakan kulit agar boleh menyerap produk penjagaan kulit berikutnya dengan lebih baik.
1

Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Toner

Toner Terbaik untuk Jeragat

some by mi galactomyces pure vitamin c glow toner | Toner Terbaik untuk Jeragat
| Xan Asia
836 Ratings & 1.4k Sold on Shopee

Toner ini mengandungi 1% vitamin C yang bertindak mencerahkan jeragat dan parut jerawat. Kesan anti-oksida dalam vitamin C turut melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran.

Bahan aktif kedua dalam toner ini ialah galactomyces. Kulit menjadi lembap dan berseri selepas penggunaan toner ini.

Produk ini dibotolkan dalam botol amber, iaitu botol bewarna gelap bagi mengelakkan kerosakkan vitamin C di dalamnya.

Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Toner bebas pewangi, pewarna, paraben, sulfat, minyak mineral, serta silikon. Ideal bagi mereka yang berkulit sensitif.

2
back to menu ↑

Kiehl’s Blue Astringent Herbal Lotion

Toner Terbaik untuk Kulit Berminyak

Kiehl’s Blue Astringent Herbal Lotion | Toner Terbaik untuk Kulit Berminyak
| Xan Asia

Produk keluaran Kiehl’s ini menjadi kegemaran pengguna sejak dipasarkan pada tahun 1964. Toner ini baik untuk kulit berminyak dan kemerahan akibat radang.

Bahan aktif dalam toner ini ialah camphor ataupun kapur barus. Jangan terkejut, tetapi kapur barus biasa digunakan dalam ubat-ubatan pada zaman dahulu dan sekarang.

Gabungan kapur barus dan menthol memberi kesan menyejukkan kepada kulit. Sodium PCA pula melembapkan dan melembutkan tekstur kulit.

Produk ini sesuai digunakan pada seluruh wajah atau pada tempat berminyak seperti T-zone.

3
back to menu ↑

Mamonde Rose Water Toner

Toner Terbaik untuk Kulit Kusam

Mamonde Rose Water Toner 250 ml | Toner Terbaik untuk Kulit Kusam | Xan Asia
2.8k Ratings & 4.5k Sold on Shopee

Mamonde Toner ini mengandungi 90.97% air mawar daripada bunga mawar segar Bulgaria. Bukan bunga ros biasa ya.

Produk ini berfungsi menanggalkan kekotoran, menyegarkan kulit, meredakan kemerahan.

Hasil penggunaan toner ini ialah kulit yang lembap, lembut, dewy, dan cerah. Formula toner ini juga bebas pewarna, minyak mineral, dan silikon.

4
back to menu ↑

Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

Toner Terbaik untuk Kulit Kering

Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner 250ml | Toner Terbaik untuk Kulit Kering | Xan Asia
284 Ratings & 543 Sold on Shopee

Bagi kulit kering, toner ini ialah best-seller di Sephora. Ramai pengguna mengakui produk ini melembapkan kulit dengan bau semula jadi ros yang menenangkan.

Komponen penting dalam toner ini ialah hyaluronic acid. Satu gram hyaluronic acid boleh memerangkap seribu gram air.

Ianya pelembap yang sangat baik yang melembutkan kulit yang kering dan mengelupas. Kesan pelembap hyaluronic acid lebih kuat bila digunakan pada kulit lembap selepas dicuci.

Bahan kedua pula ialah bunga mawar. Ekstrak bunga mawar bukan saja memberikan keharuman dan kecantikan pada packaging produk ini, tetapi turut meredakan keradangan dan menyihatkan kulit.

5
back to menu ↑

La Roche-Posay Effaclar Clarifying Solution

Toner Terbaik untuk Kulit Berjerawat

La Roche-Posay Effaclar Clarifying Solution | Toner Terbaik untuk Kulit Berjerawat | Xan Asia

Toner keluaran La Rochey ini mengandungi salicylic acid dan glycolic acid. Salicylic acid merawat jerawat pada kulit dan menanggalkan minyak berlebihan.

Glycolic acid pula berkesan menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan pori bagi mengawal jerawat. Ini menggalakkan pengeluaran lapisan kulit baru serta memudarkan parut.

Toner ini mempunyai kesan anti-penuaan kerana glycolic acid ialah merangsang pembuatan kolagen baru. Kulit lebih anjal dan garis halus juga hilang.

Produk ini diformulasi khusus bagi kulit berjerawat dan sensitif. Ia bebas paraben dan minyak, serta boleh digunakan satu ke tiga kali sehari.

6
back to menu ↑

Pixi Glow Tonic

Toner Terbaik untuk Kulit Kombinasi

Pixi Glow Tonic | Xan Asia
4.2k Ratings & 6.4k Sold on Shopee

Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi biasanya berminyak pada bahagian T-zone dan kering pada bahagian lain. Agak sukar memilih produk yang sesuai bagi jenis kulit ini.

Toner jenama Pixi ini mengandungi glycolic acid, aloe vera dan ginseng.

Aloe vera melembapkan dan meredekan kemerahan pada kulit, manakala ginseng pula mencerahkan kulit yang kusam.

Glycolic acid membantu menanggalkan kekotoran dan sel kulit mati serta menambah kolagen dalam kulit. Kulit menjadi lebih anjal dan kurang jerawat.

Bahan-bahan astringent dalam toner ini mengawal minyak berlebihan. Kombinasi bahan-bahan ini menjadikan toner pixi ini sesuai bagi kulit yang kering dan berminyak.

7
back to menu ↑

Avene Gentle Toning Lotion

Toner Terbaik untuk Kulit Sensitif

Avene Gentle Toning Lotion | Toner Terbaik untuk Kulit Sensitif  | Xan Asia

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pasti kulit mudah mengelupas jika menggunakan produk yang tidak sesuai.

Jangan bimbang, anda tidak ketinggalan dalam memilih toner kerana ada yang sesuai untuk kulit anda.

Avene Gentle Toner ialah toner khusus untuk kulit sensitif dan kulit yang sangat kering dan sensitif.

Silicate semulajadi digunakan untuk melindungi kulit daripada pencemaran yang boleh mengakibatkan keradangan. Ia juga membantu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit.

Toner ini tidak mengandungi alcohol yang mengeringkan. Bahan yang digunakan juga sangat minimal agar tidak merosakkan kulit sensitif.

8
back to menu ↑

Thayers Lavender Witch Hazel Toner

Toner Terbaik dengan Harga Berpatutan

Thayers Lavender Witch Hazel Toner |  Toner Terbaik dengan Harga Berpatutan| Xan Asia
6k Ratings & 11kSold on Shopee

Thayers Lavender Witch Hazel Toner ialah toner dalam kategori harga mid-range yang mendapat review baik dari ramai pengguna seluruh dunia.

Toner ini ada tiga fungsi utama. Memperbaiki kualiti kulit, menambah seri dan glow, serta melembapkan kulit.

Gabungan witch hazel dan aloe vera meredakan iritasi, mengurangkan jerawat dan melembapkan kulit. Ekstrak bunga ros pula mengawal minyak dan menambah keserian kulit.

Toner ini bebas alkohol, jadi kulit tidak terlalu kering selepas penggunaan. Harga yang berpatutan, fungsi yang pelbagai, dan review baik dari beribu pengguna menjadikan Thayers Lavender Witch Hazel Toner yang terbaik di luar sana.

back to menu ↑

Kesimpulan dan soalan lazim

Sebelum memilih toner, pastikan anda tidak mempunyai alahan kepada bahan dalam toner tersebut. Jika kulit anda sensitif dan anda tidak pasti bahan apa yang sesuai, anda boleh gunakan teknik patch test.

Teknik patch test bermakna menyapu sedikit bahan pada bahagian kulit yang kecil seperti tangan dan menunggu selama 24 jam. Jika tiada apa-apa kesan seperti kemerahan atau kegatalan, bermakna produk itu sesuai untuk anda.

Toner yang baik dan sesuai dengan kulit akan menjadikan kulit lebih bersih dan merawat masalah kulit. Pilihlah toner yang menepati keperluan kulit anda.

Multivitamin atau supplement ialah pelengkap makanan yang bertujuan memberikan kesihatan optimum pada badan dan menyelesaikan masalah kesihatan yang tertentu. Sebagai pelengkap nutrisi harian, boleh juga mengambil multivitamin biasa seperti jenama Blackmore’s.

Cara yang Betul untuk Menggunakan Toner

Cara terbaik untuk menggunakan toner ialah dengan merendam cotton ball dalam toner dan dab pada kulit dengan lembut.
Jangan seret muka dengan cotton ball untuk mengelakkan kulit kendur dan cedera. Komposisi toner sudah memadai untuk membersihkan kulit.
Gunakan toner selepas mencuci wajah, diikuti dengan produk lain seperti serum, pelembap, dan sunscreen.

Adakah Penggunaan Toner Wajib dalam Penjagaan Kulit yang Lengkap?

Bergantung kepada keperluan kulit, penggunaan toner yang sesuai dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan masalah kulit.
Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, menggunakan toner dapat menanggalkan minyak berlebihan dan kekotoran dalam pori yang menyebabkan jerawat.
Penggunaan toner dengan vitamin dan mineral juga baik untuk kulit kusam dan tidak bermaya. Dalam situasi ini, penggunaan toner lebih penting berbanding dengan kulit yang tidak bermasalah.

Bolehkan Toner Membantu Masalah Jerawat?

Ringkasnya, pemilihan toner yang khusus untuk kulit berjerawat sememangnya dapat membantu. Pertama sekali, toner dengan bahan seperti salicylic acid dapat merawat jerawat sedia ada.
Kesan permbersihan pori daripada sel kulit mati, kekotoran, dan minyak pula mengelakkan jerawat baru tumbuh.
Kebanyakan toner untuk kulit berjerawat juga menjadi exfoliator untuk mempercepat pembaharuan kulit agar parut jerawat pudar.

Toner Apakah yang Sesuai untuk Kulit Saya?

Pemilihan toner yang sesuai bergantung kepada umur dan jenis kulit individu. Toner bertindak menyelesaikan masalah kulit dengan penggunaan bahan aktif yang berkesan. Berikut ialah toner terbaik di pasaran Malaysia untuk jenis kulit yang berbeza.

Mega888
Xan Asia BM
Logo