8 serum muka terbaik di Malaysia 2021

8 serum muka terbaik di Malaysia 2021

Serum wajah ialah sejenis pelembap kulit dengan bahan aktif dalam konsentrasi yang tinggi. Bergantung kepada keadaan dan jenis kulit, banyak serum di luar sana yang mengandungi pelbagai fungsi seperti anti-penuaan dan anti-jeragat.

Ramai yang keliru, perlukah serum dalam rutin penjagaan kulit harian? Sebenarnya serum merupakan produk yang berkesan dan penting jika ada masalah kulit.

Walaupun tiada masalah kulit seperti jerawat, ada juga serum yang boleh menaikkan seri wajah dan mengelakkan masalah seperti kedutan dan penuaan awal. Berikut disenaraikan lapan serum muka terbaik yang berkesan dengan harga berpatutan untuk jenis kulit yang berbeza.

1

Garnier Skin Naturals Light Complete Vitamin C Booster Serum

Serum Terbaik Untuk Kulit Kusam
Garnier Skin Naturals Light Complete Vitamin C Booster Serum | xan Asia

Serum ini mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Untuk kulit kusam, vitamin C sangat berkesan untuk mencerahkan wajah. 

Vitamin C ialah bahan semula jadi dengan kesan anti-oksida yang kuat. Dalam kandungan yang tinggi, bahan ini membantu meratakan tona kulit, memudarkan parut, serta melindungi kulit dari cahaya matahari.

Berbanding dengan agent pencerah lain seperti retinol, vitamin C selamat digunakan walaupun bagi wanita yang mengandung atau menyusukan bayi.

Serum Garnier ini boleh digunakan setiap pagi pada bahagian muka dan leher. Jangan lupa untuk menggunakan sunblock jika terdedah kepada cahaya matahari.

2
back to menu ↑

Loreal Paris Revitalift Anti-Aging Laser 3X

Serum Terbaik Untuk Anti-Penuaan
Loreal Paris Revitalift Anti-Aging Laser 3X | Xan Asia

Serum anti-penuaan biasanya mengandungi bahan yang menghidrasi kulit. Dengan melembapkan kulit wajah, kedutan halus juga akan berkurangan.

Berbeza dengan serum lain, Loreal Paris Revitalift Serum menggunakan bahan aktif utama iaitu Pro-Retinol A dan hyaluronic acid.

Pro-Retinol A ialah olahan vitamin A yang lebih lembut berbanding dengan Retinol. Fungsinya ialah merangsang pembaharuan kulit serta kolagen. Apabila kandungan kolagen tinggi, kulit akan lebih anjal dan kedut juga berkurangan.

Hyaluronic acid melembapkan kulit dengan memerangkap air. Hasilnya, kulit lebih anjal dan nampak awet muda tanpa kedutan.

Pro-xylane dalam serum ini mengukuhkan struktur kulit bagi mengurangkan kedutan. Ceramide dan LHA pula memulihkan kulit dan mengecilkan pori. 

Gunakan serum ini pada setiap malam dalam rutin penjagaan kulit harian anda.

3
back to menu ↑

Nanowhite Intensive Brightening Serum

Serum Terbaik Untuk Jeragat
Nanowhite Intensive Brightening Serum | Xan Asia

Serum ini mempunyai arbutin yang memudarkan jeragat dan menghalang penghasilan jeragat baharu.

Selain itu, ubiquinol, tocopheryl, resveratrol, dan rutin dalam serum ini mempunyai kesan anti-oksida kuat bagi melawan pembentukan freckles dan jeragat hasil dari pendedahan kepada cahaya matahari.

Ekstrak Vitex agnus castus dan ascorbyl palmitate pula baik untuk jerawat serta mengelakkan garis halus pada wajah.

Bahan-bahan aktif dalam serum ini diformulasi dengan teknologi nano. Hasilnya, kulit mampu menyerap serum ini dengan baik untuk kesan yang maksimum. 

Serum ini boleh digunakan setiap hari pada waktu pagi dan malam.

4
back to menu ↑

Innisfree Green Tea Seed Serum

Serum terbaik untuk kulit kering
Innisfree Green Tea Seed Serum | Xan Asia

Kulit sangat kering akan mengeluarkan minyak berlebihan bagi memerangkap air. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, bolehlah mencuba serum ini.

Innisfree mengkaji lebih 2000 jenis teh hijau untuk penghidrat terkuat. Lalu terhasillah Beauty Green Tea yang mengandungi kandungan amino acid untuk kelembapan kulit yang ideal.

Serum ini juga mengandungi probiotik atau bakteria baik yang membantu mengembalikan pH kulit dan meredakan kemerahan.

Selepas mencuci wajah, gunakan serum ini untuk melembapkan kulit dengan sebaiknya. Kemudian diikuti dengan menggunakan pelembap kulit harian anda.

5
back to menu ↑

The Ordinary Niacinamide 10% and zinc 1%.

Serum Terbaik Untuk Kulit Berminyak
The Ordinary Niacinamide 10% and zinc 1%. | Xan Asia

Niacinamide ialah sejenis vitamin B dengan pelbagai manfaat. Untuk kulit berminyak, niacinamide dan zinc membantu mengurangkan penghasilan sebum. Selain itu, niacinamide juga meningkatkan kelembapan kulit. 

Niacinamide larut dalam minyak dan membantu mencuci pori dari kekotoran yang mengakibatkan jerawat. Serum ini baik untuk kulit bermasalah kerana niacinamide meredakan keradangan dan kemerahan pada kulit.

Zinc pula merawat kerosakan dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Secara keseluruhannya, serum ini baik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Serum keluaran The Ordinary ini bebas paraben, silikon dan pewangi. Sebaiknya, gunakan serum ini pada waktu pagi dan malam sebelum memakai produk lebih berat seperti krim muka.

6
back to menu ↑

Paula’s Choice Skin Perfecting BHA Liquid Exfoliator

Serum Terbaik Untuk Kulit Berjerawat
Paula's Choice Skin Perfecting BHA Liquid Exfoliator | Xan Asia

BHA ialah bahan aktif dalam cecair pengelupasan ini. Bahan ini membersihkan pori daripada minyak dan kekotoran dan mengelakkan jerawat.

Produk kesukaan ramai ini turut membantu pembaharuan kulit dan dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Formula produk ini juga sesuai untuk kulit sensitif, kerana ia bebas pewangi.

Jika digunakan dengan konsisten, Paula’s Skin Perfecting Exfoliator dapat mengelakkan jerawat, membasmi bintik hitam serta menghilangkan bintik-bintik kecil pada dahi.

Untuk kesan terbaik, gunakan exfoliator ini pada waktu pagi dan petang dalam rutin penjagaan kulit harian anda. 

7
back to menu ↑

Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Serum Terbaik Untuk Memudarkan Parut
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum | Xan Asia

Beratus-ratus pengguna mengakui keberkesanan serum ini. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum memudarkan parut jerawat yang gelap serta mengecilkan pori. 

Ekstrak Caviar Lime mengandungi AHA. AHA bertindak sebagai scrub yang menanggalkan sel kulit mati dan mempercepat pembaharuan kulit. Bahan ini efektif bagi memudarkan parut.

Kandungan ekstrak brokoli dan arbutin pula penting bagi menghalang penghasilan jeragat baru. Kedua-dua bahan ini mampu melawan kerosakan kulit dari sinaran UV, manakala arbutin pula merencat penghasilan melanin bagi mengelakkan jeragat.

Walaupun mempunyai banyak bahan, formulasi gel ini tidak melekit. Teksturnya juga meresap ke dalam kulit dengan cepat.

Gunakan serum ini sebelum memakai pelembap pada waktu pagi dan petang. Kuantiti yang sedikit sahaja sudah memadai untuk kulit wajah dan leher.

8
back to menu ↑

Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum

Serum Terbaik Keseluruhan
Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum | Xan Asia

Serum ini dipilih sebagai yang terbaik secara keseluruhan kerana kesan yang efektif, fungsi yang banyak, bahan semula jadi, dan harga yang berpatutan.

Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum dirumus dengan niacinamide untuk mencerahkan kulit, membantu pemulihan kulit dari jerawat, dan menghilangkan jeragat.

Serum ini turut mengandungi ekstrak calendula dan betik yang dapat mencerahkan kulit kusam dan memudarkan jerawat. Bahan lain seperti rice bran dan sea buckthorn dapat memberi kesan glowing kepada kulit. 

Squalene dalam serum ini merangsang pembuatan kolagen untuk kulit lebih anjal dan kurang kedutan. Jadi serum ini turut mempunyai kesan anti-penuaan.

Akhir sekali, produk ini bebas paraben, pewangi, minyak mineral, dan juga cruelty-free, bermakna ianya tidak diuji pada binatang. Serum ini juga tidak melekit dan sesuai digunakan dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia.

Rumusan

Serum ialah produk kecantikan yang penting dalam rutin penjagaan kulit. Bergantung kepada jenama dan bahan aktif dalam serum, harga serum boleh mencecah ratusan ringgit. 

Setiap orang mempunyai reaksi berbeza terhadap produk yang sama. Jadi, pengguna perlulah berani mencuba serum baru untuk menguji kesannya terhadap kulit sendiri. 

Sudahkah anda menjumpai serum yang sesuai dengan kulit anda? Komen serum yang anda gunakan sekarang dan serum baru yang ingin anda cuba.

Mega888
Xan Asia BM
Logo