9 Produk Kecilkan Pori di Watsons
Table of Contents
Kulit mempunyai pori untuk membebaskan sebum dan peluh. Kedua-dua ini penting untuk mempertahankan kulit daripada kekeringan dan jangkitan kuman.
Bagi sesetengah orang, liang pori nampak sangat ketara. Faktor yang menyumbang kepada pori yang besar ialah:
· Jerawat.
· Penghasilan sebum yang tinggi.
· Kerosakan daripada sinaran UV.
· Penurunan kolagen dalam kulit.
· Keturunan.
Pori yang besar terutamanya pada bahagian pipi menjadikan kulit kelihatan kasar dan tak sekata. Anda tidak boleh menghilangkan pori pada wajah, tetapi ada banyak cara yang boleh dilakukan agar pori kurang ketara.
1. Gunakan Pelembap Kulit Berasaskan Air.
Pelembap kulit mengandungi dua komponen utama iaitu air dan minyak. Minyak atau occlusives digunakan untuk menghalang kehilangan air daripada kulit dan memastikan kulit anda kekal lembap untuk masa yang lama.
Malangnya, komponen minyak seperti petroleum menjadikan pori kelihatan lebih besar. Selain itu, minyak kelapa dan minyak soya pula bersifat komodogenik dan boleh menyebabkan jerawat.
Pilih pelembap berasaskan air dengan humectant seperti hyaluronic acid dan aloe vera sebagai pengunci lembapan. Humectant bertindak sebagai magnet bagi menarik air daripada luar dan menghalang air daripada hilang.
Cetaphil Daily Daily Facial Moisturizer ialah pelembap tanpa minyak komodogenik. Produk berasaskan air ini menggunakan hyaluronic acid sebagai humectant untuk memberikan kelembapan pantas dan berpanjangan.
Pelembap ini mempunyai tekstur ringan dan mudah diratakan sekitar wajah. Ideal dijadikan asas kepada make up, pelembap kulit keluaran Cetaphil ini hypoallergenic jadi sesuai untuk kulit sensitif.
Untuk kesan terbaik, gunakan pelembap kulit setiap hari, terutamanya selepas kulit terkena air seperti berwuduk dan mencuci muka untuk menjadikan pori kelihatan kecil.
2. Cuci Wajah pada Waktu Pagi dan Malam.
Mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai penting bagi membasmi minyak, kekotoran, dan sel kulit mati dalam liang pori.
Sebaiknya, wajah harus dicuci pada waktu pagi untuk membersihkan kulit daripada peluh sewaktu tidur. Pada waktu malam pula, kekotoran yang terkumpul sepanjang hari akan ditanggalkan.
Memilih pencuci muka yang bersesuaian penting agar kulit bersih tetapi tidak terlalu kering atau meradang.
Secara umumnya, mencuci muka ialah rutin penjagaan kulit yang ringkas. Jadi pencuci muka yang lembut pada kulit seperti Cetaphil Gentle Cleanser sudah memadai.
Pencuci muka Cetaphil ini bebas sabun dan sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kulit terutamanya yang kering, berminyak, kombinasi, dan sensitif. Produk ini dirumus tanpa pewangi dan tidak terlalu mengeringkan.
3. Gunakan Sunscreen
Jika ada satu produk penjagaan kulit yang anda wajib ada dan guna setiap hari, sunscreen-lah jawapannya.
Kerosakan daripada pancaran UV menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, jeragat, kedutan halus, dan kanser kulit.
Apabila kulit kurang anjal selepas dirosakkan sinaran matahari, pori akan makin ketara. Jadi pastikan anda menggunakan sunscreen dengan SPF sekurang-kurangnya 30 setiap kali anda terdedah dengan cahaya matahari.
Hada Labo Perfect UV sunscreen gel ialah krim pelindung matahari dengan 3 jenis hyaluronic acid. Jadi anda boleh skip penggunaan moisturizer dan hanya gunakan produk ini selepas membersihkan kulit.
Formulasi berasaskan air ini menyerap dengan sangat pantas dan sesuai digunakan sebagai primer sebelum mengenakan solekan. Produk ini bebas pewangi, pewarna, dan minyak mineral yang boleh mengakibatkan reaksi sensitif kulit dan menyumbat pori.
Jika anda mahukan pilihan sunscreen yang melindungi dan merawat kulit pada masa yang sama, anda boleh mencuba Elta MD UV Clear Broad-Spectrum SPF 46 sunscreen.
Walaupun lebih mahal daripada sunscreen drugstore lain, produk ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna terutamanya dengan kulit berjerawat dan sensitif. Elta MD sunscreen mengandungi beberapa bahan utama iaitu zinc oxide yang bertindak sebagai SPF fizikal.
Istimewanya tentang produk ini ialah kandungan niacinamide 5% yang agak tinggi. Niacinamide membantu masalah liang pori besar selain mengukuhkan pertahanan kulit, melawan garis halus dan kemerahan, serta radang kulit.
Produk ini datang dalam dua pilihan iaitu jernih dan tinted. Jadi jika anda ingin tona kulit sekata tanpa menggunakan foundation, boleh gunakan jenis tinted atau berwarna.
Krim pelindung matahari ini bebas minyak, pewangi, dan paraben. Sangat sesuai untuk melindungi pori yang besar.
4. Tanggalkan Sel Kulit Mati dengan Exfoliator
Kulit jenis berminyak perlu di-exfoliate sekali atau dua kali seminggu. Jangan terlalu kerap gunakan exfoliator agar kulit tidak terlalu kering.
Salicylic acid ialah sejenis BHA yang mampu membersihkan liang pori daripada kekotoran dan sel kulit mati. Hasilnya, pori kelihatan lebih kecil dan penghasilan jerawat dapat dielakkan.
Nixoderm Sulfur and Salicylic Acid Soap ialah sabun buku yang boleh digunakan bagi muka dan badan. Bagi mereka dengan kulit berminyak, boleh gunakan sabun ini setiap hari. Untuk kulit kering pula, anda digalakkan mencuci muka dengan sabun ini dua kali seminggu, diikuti dengan pelembap kulit.
Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Salicylic Acid Liquid Exfoliator ialah produk berbentuk cecair seakan-akan toner. Exfoliator ini ialah produk best-seller antarabangsa dan mempunyai beberapa fungsi utama.
Pertama ialah menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan lapisan kulit yang baru. Hasilnya, pori dibersihkan dan kulit lebih lembut dan berseri.
Kedua ialah kesan anti-penuaan dengan mengurangkan kedutan pada wajah. Produk ini turut melembapkan kulit dan mengelakkan penghasilan blackhead. Sesuai digunakan satu atau dua kali sehari selepas mencuci muka.
5. Rawat Kulit dengan Serum Niacinamide
Niacinamide atau vitamin B3 dalam produk penjagaan kulit semakin mendapat perhatian ramai. Kekurangan niacinamide akan mengakibatkan banyak masalah seperti kekeringan dan keradangan kulit.
Dari aspek pengurangan saiz liang pori, niacinamide menjadikan kulit lebih licin dan lembap, dan dalam jangka masa panjang dapat mengecilkan saiz pori. Antara kebaikan lain niacinamide ialah:
- Membina keratin dalam kulit, iaitu sejenis protin semula jadi yang mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit.
- Membantu penghasilan ceramide agar kulit mampu mempertahankan kelembapan semulajadi.
- Mengawal penghasilan minyak yang berlebihan.
Baca mengenai serum yang paling sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak, atau kering di sini.
Anda mungkin pernah dengar bahan retinol atau pro-retinol. Tetapi jika anda menggunakan salicylic acid seperti sabun Nixoderm atau Paula’s Choice Liquid Exfoliator, penambahan serum retinol boleh mengakibatkan iritasi dan kemerahan.
Jenama The Ordinary mengeluarkan serum niacinamide dan zink pada tanda harga yang berpatutan. Ramai mengakui penggunaan serum ini membantu melicinkan tekstur dan mencerahkan kulit.
Selain itu, zink dalam serum ini mempunyai tindakan antioksida yang menyingkirkan radikal bebas dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Zink juga anti-radang, anti-jerawat, dan membantu pemulihan kulit. Sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berparut.
Serum The Ordinary ini sesuai digunakan setiap pagi dan petang pada kulit yang bersih sebelum mengenakan produk lebih berat seperti krim dan pelembap.
6. Gunakan Mask Tanah Liat
Tanah liat mampu menyingkirkan minyak berlebihan. Gunakan clay mask pada wajah satu hingga dua kali seminggu bagi menyerap lebihan sebum daripada liang pori yang terbuka. Elakkan penggunaan clay mask jika kulit anda sangat kering.
Aztec Secret Indian Healing Clay ialah clay mask yang digunakan sejak berkurun lamanya untuk detoks kulit wajah dari kekotoran dan sebum. Produk ini tidak menggunakan apa-apa pewangi atau pewarna.
Rata-rata pengguna dapat melihat kesan mask ini dalam mengurangkan blackhead, white head, serta menjadikan pori yang besar kurang kelihatan. Kulit pula lebih halus dan lembut selepas penggunaan mask ini.
Kebanyakan orang mencairkan mask berbentuk serbuk ini dengan apple cider vinegar untuk menghasilkan paste yang tidak berketul dan mudah diratakan pada kulit. Tinggalkan mask pada wajah selama 20 minit atau sehingga mask kering. Kemudian cuci wajah dengan air suam.
7. Tanggalkan Solekan Sebelum Tidur
Jika anda menggunakan make up setiap hari, pastikan wajah anda dibersihkan pada waktu malam.
Sewaktu tidur, kulit menjalani proses pembaharuan. Jika terdapat lapisan bedak atau foundation yang berbaki pada kulit, proses pemulihan ini terbantut dan kulit anda mungkin nampak kusam.
Bersihkan solekan setiap malam dengan make up remover seperti Garnier Pure Active Micellar Water. Produk ini mencairkan dan menanggalkan make up mata, kulit, dan bibir dengan berkesan tanpa perlu menggosok kulit.
Selepas menanggalkan solekan, gunakan pencuci kulit atau facial cleanser agar tiada baki minyak tertinggal pada wajah.
Penutup
Bagi masalah liang pori besar, tiga langkah utama dalam penjagaan kulit ialah membersih, merawat, dan melindungi kulit. Dalam setiap langkah, elakkan penggunaan produk dengan bahan occlusive dan komodogenik seperti minyak mineral dan petroleum.
Secara ringkasnya, pastikan kulit dilembapkan dengan moisturizer berasaskan air, bersihkan minyak berlebihan, sentiasa tanggalkan make up sebelum tidur, dan lindungi kulit dengan sunscreen.
Jika diamalkan selalu beserta rawatan dengan bahan aktif yang tepat seperti niacinamide, sudah tentu pori anda akan kurang ketara.
Lihat juga Toner Terbaik & Serum Muka Terbaik.