9 Pencuci Muka Terbaik di Malaysia untuk Semua Jenis Kulit
Table of Contents
Ramai beranggapan bahawa sebum yang dihasilkan oleh kulit harus disingkirkan sepenuhnya. Hakikatnya, sebum sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan kulit yang optimum.
Sebum atau minyak semulajadi yang dihasilkan kulit berfungsi mengunci lembapan agar kulit tidak terlalu kering.
Selain itu, sebum mempertahankan kulit daripada jangkitan kuman. Hasilnya, kulit kita terlindung daripada jangkitan bakteria dan virus pada lapisan kulit yang dalam atau darah.
Kenapa Perlu Mencuci Kulit.
Sebum dikeluarkan melalui liang roma pada kulit. Sepanjang hari, kulit kita akan mengumpul habuk, sel kulit mati, dan bakteria.
Jika kulit tidak dibersihkan setiap hari, liang roma boleh tersumbat dan dijangkiti kuman. Hasilnya, jerawat yang menyakitkan akan muncul pada kulit.
Wajah yang bersih juga lebih mudah menyerap bahan aktif skin care seperti niacinamide dan retinol dalam toner ataupun serum.
Ingin tahu toner apa sesuai untuk anda? Baca mengenai toner di sini.
Kekerapan Mencuci Muka yang Ideal.
Dr. Diane Madfes, pakar kulit daripada syarikat Garnier mencadangkan pembersihan kulit dengan pencuci wajah dilakukan dua kali sehari.
Kali pertama pada waktu pagi untuk menanggalkan peluh dan minyak sewaktu tidur. Manakala kali kedua pula pada sebelah petang bagi menyingkirkan lebihan make-up, habuk, dan sel kulit mati yang telah dikumpul sepanjang hari.
Jenis-Jenis Pencuci Muka.
And mungkin tertanya-tanya, tak cukupkah cuci muka dengan air sahaja? Mengapa perlu guna pencuci muka?
Hakikatnya, minyak memang tak akan bercampur dengan air. Tetapi, pencuci berasaskan minyak dan sabun boleh menanggalkan sebum.
Pencuci muka jenis tradisional menggunakan sabun berasaskan kelapa sawit. Sabun jenis ini agak mengeringkan kulit dan tidak sesuai digunakan bagi kulit ekzema atau psoriasis.
Bagi kulit sensitif, pencuci muka seperti jenama CeraVe menggunakan cetearyl alcohol dan bohentrimonium methosulfate sebagai pengganti sabun.
Double Cleansing.
Jika anda mengikuti perkembangan skin care daripada Korea, anda pasti pernah dengar tentang teknik ini.
Double cleansing bermakna mencuci muka dengan pencuci berasaskan minyak, diikuti dengan pencuci muka berasaskan air.
Kaedah ini sangat berkesan bagi deep cleansing kulit. Ramai mengakui masalah tiny bumps atau biji-biji kecil pada dahi mula hilang dengan double cleansing.
Jika anda menggunakan oil clenser atau micellar water, wajib diikuti dengan water-based cleanser supaya minyak berlebihan dapat ditanggalkan dan tidak menyumbat liang.
Menariknya tentang teknik ini, anda boleh skip toner dan terus ke serum kerana kulit sudah dibersihkan sepenuhnya. Ingin tahu serum terbaik untuk kulit anda? Klik link ini.
Berdasarkan ratusan review pengguna, pencuci wajah keluaran Eucerin ini sangat berkesan bagi kawalan minyak dan mengurangkan jerawat.
Pencuci wajah ini menggunakan 6% Ampho-Tensides sebagai pengganti sabun untuk menanggalkan kotoran dan lebihan minyak. Selain itu, formula produk ini mempunyai tindakan anti-bakteria bagi mengawal jerawat.
Hasilnya, jerawat semakin berkurang. Kulit pula tidak terlalu kering, malah lembut dan segar selepas dicuci. Formula Eucerin Pro ACNE juga boleh mengurangkan saiz pori pada wajah.
Produk ini selamat digunakan dengan rawatan jerawat lain seperti retinol dan salicylic acid. Wanita mengandung juga boleh menggunakan pencuci muka ini.
Secara keseluruhannya, pencuci muka ini mempunyai pelbagai fungsi dan sangat lembut pada kulit. Jadi inilah pencuci wajah terbaik yang boleh didapati di Watson’s dan drugstore lain di Malaysia.
Pencuci muka Clinique ini dirumus dengan arang untuk mencuci kulit dengan berkesan. Arang mempunyai tindakan detoks yang mampu meneutralkan toksin dalam kulit.
Diformulasi untuk semua jenis kulit, pencuci muka ini membersihkan pori dengan sempurna bagi mengelakkan penghasilan blackhead dan jerawat.
Clinique for Men Charcoal Face Wash melegakan keradangan kulit disebabkan jerawat dan menjadikan wajah sangat bersih tanpa menjadikan kulit terlalu kering.
Pencuci muka keluaran Neutrogena ini digemari ramai pengguna dengan masalah jerawat dan kulit berminyak.
Salicylic acid yang merupakan bahan aktif menyingkirkan sel kulit mati yang terkumpul dalam liang roma.
Jika dibiarkan, sel kulit mati, minyak, serta kotoran menjadi persekitaran kondusif untuk bakteria membiak. Hasilnya, jerawat, black head, dan white head senang tumbuh pada kulit.
Ramai pengguna mengakui pencuci kulit ini berkesan mengurangkan jerawat, tetapi agak mengeringkan. Jadi jika kulit anda jenis kering, harus gunakan pelembap selepas mencuci muka dengan Neutrogena Oil-Free Acne Face Wash.
Penghasilan sebum berlebihan menjadikan kulit sangat berminyak. Dengan CeraVe Foaming Facial Cleanser, minyak berlebihan dapat disingkirkan.
Ceramide dalam produk ini turut membantu pengukuhan struktur kulit untuk melawan kekeringan melampau serta jangkitan kuman.
Pencuci kulit ini mempunyai tekstur gel yang bertukar menjadi buih apabila bersentuhan dengan air. Selain itu, produk ini bebas pewangi dan tidak komodogenik. Sesuai digunakan bagi menanggalkan lebihan make-up, minyak, dan kotoran pada kulit setiap hari.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser ialah pencuci wajah yang direka khas bagi kulit sensitif. Produk ini bebas sabun dan menanggalkan kotoran dengan teknologi micellar.
Formulasi bebas pewangi mencuci kulit dengan mendalam tanpa mengakibatkan keradangan. Pencuci muka ini turut mengekalkan tahap pH optimum kulit bagi mengekalkan mikroflora semula jadi kulit dan mencegah pembiakan kuman.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai bagi semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif. Ianya bebas pewangi dan tidak menyebabkan alahan dan kegatalan.
Untuk kulit jenis kering terutamanya yang selalu terdedah kepada pendingin hawa di pejabat, boleh mencuba pencuci muka ini.
CeraVe Hydrating Facial Cleanser membersihkan kulit dengan tiga jenis ceramide. Ceramide merupakan bahan yang ada secara semula jadi dalam kulit yang sihat. Bahan ini melembapkan kulit dan mengukuhkan struktur kulit.
Pencuci muka ini juga mengandungi hyaluronic acid yang mampu mengunci air dalam kulit. Hasilnya, kulit lebih bersih, lembap, dan diperbaiki dari dalam.
Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kusam
Jika satu-satunya concern anda ialah kulit kusam dan tak bermaya, pencuci muka ini boleh menyelesaikan masalah anda pada tanda harga yang sangat berpatutan.
Garnier Light Complete White Speed Brightening Foam ialah dirumus dengan ekstrak buah lemon. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam produk ini memberikan kesan brightening kepada kulit.
Bintik hitam juga semakin pudar dengan penggunaan konsisten. Gunakan pencuci muka ini bersama Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum untuk kesan lebih efektif.
Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kombinasi
Kulit jenis kombinasi berminyak pada bahagian T-zon, manakala normal atau kering pada bahagian lain.
Disebabkan dua bahagian yang berbeza sifat ini, anda harus memilih pencuci yang tidak terlalu mengeringkan kulit, pada masa yang sama menyingkirkan sebum berlebihan.
Fresh Soy Cleanser dengan ekstrak kacang soya mampu mengimbangkan penghasilan sebum dan kelembapan kulit. Kulit juga semakin lembut dan cerah selepas dicuci.
Pencuci muka ini mampu menanggalkan kekotoran dan make-up berlebihan pada wajah tanpa mengeringkan kulit.
Pencuci Muka Terbaik Kategori Bajet
Pencuci muka ini bukan sahaja murah, tetapi sangat baik untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit sensitif. Formulasi produk ini bebas sabun dan sesuai digunakan sebagai pencuci muka harian.
Pro-vitamin B5 melembapkan kulit serta membantu pemulihan parut. Vitamin ini juga mengurangkan masalah jerawat pada kulit.
Vitamin E pula bersifat anti-radang, anti-oksida, dan menguatkan sistem imuniti kulit. Hasilnya, kulit terlindung daripada kerosakan UV dan lebih mudah pulih daripada jerawat.
Simple Refreshing Facial Wash Gel menggunakan bahan-bahan yang minimal dan bebas pewarna, pewangi, serta bahan kimia lain yang mungkin menjejaskan kesihatan kulit.
Penutup
Penggunaan pencuci muka yang sesuai dengan wajah amat penting bagi membersihkan kulit setiap hari. Dengan pencuci muka yang betul serta rutin penjagaan kulit harian yang tepat, semua orang mampu mendapatkan kulit cantik dan berseri.