8 Minyak Rambut Terbaik di Watsons
Hari ini ramai yang mengidamkan kesihatan dan kecantikan rambut. Bukan kaum hawa sahaja. Lelaki juga semakin peka tentang grooming untuk kelihatan segak.
Minyak rambut telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk melembutkan dan melebatkan rambut,. Minyak kelapa, argan, atau zaitun. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk kulit kepala dan rambut yang lembut bersinar.
Ingin ketahui rahsia penggunaan minyak rambut yang betul? Apa pula fungsi minyak rambut dan yang mana satu sesuai dengan anda? Pastikan anda baca artikel ini sebelum memilih minyak rambut yang tepat untuk anda.
Fungsi Minyak Rambut.
Nutrisi bagi kulit kepala – Minyak rambut mempunyai fatty acid untuk menggantikan minyak semula jadi yang hilang selepas disyampu. Minyak semula jadi ini berfungsi melindungi kulit kepala daripada kekeringan melampau dan memulihkan kulit kepala.
Pemulihan rambut rosak – Styling dengan besi panas dan rawatan rambut menggunakan bahan kimia sering membuatkan rambut kering dan hujung bercabang. Untuk rambut rosak, minyak rambut dapat mengembalikan sinar dan kelembutan rambut yang hilang.
Kawalan rambut frizzy – Jenis rambut kasar, kering, dan menggerbang susah untuk dikawal. Sebab itulah penggunaan minyak rambut boleh menambah berat rambut agar nampak sihat dan lebih mudah diurus.
Mengurangkan rambut gugur – Selain memberi khasiat kepada kulit kepala, urutan semasa penggunaan minyak rambut dapat menanggalkan sel kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah. Ini penting bagi mengekalkan kesihatan kulit kepala dan menggalakkan penumbuhan rambut baru.
Teknik penggunaan minyak rambut,
Sebagai Hair Mask
Sebelum menggunakan hair mask, pastikan minyak yang dipilih sesuai. Minyak kelapa contohnya, boleh digunakan sebagai hair mask sepanjang malam. Caranya:
- Cuci rambut dan keringkan dengan tuala.
- Jika rambut sangat tebal, bahagikan rambut dengan klip rambut agar mudah diuruskan.
- Letakkan sedikit minyak kepada akar rambut. Urut kulit kepala dengan minyak.
- Sedikit demi sedikit, sapu minyak dari akar hingga ke hujung rambut. Pastikan helaian rambut disaluti minyak.
- Kemudian, sisir rambut dengan sikat yang bergigi jarang agar minyak rambut sekata.
- Balut rambut dengan shower cap atau t-shirt lama, dan biar semalaman.
- Keesokkan hari, bilas semua bahan dengan air sejuk atau suam.
Sebagai Rawatan Sebelum Cucian
Teknik ini berkesan untuk mengelakkan kehilangan lembapan oleh syampu dan conditioner. Minyak rambut juga boleh menjadi lapisan perlindungan bagi memastikan rambut kekal bersinar selepas dicuci. Caranya:
- Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian.
- Pastikan minyak sekata pada setiap helaian rambut.
- Biarkan selama 30 minit.
- Gunakan syampu dan conditioner seperti biasa.
Sebagai Pelembap Hujung Rambut
Bagi rambut kering dan bercabang, sapu sedikit minyak pada hujung rambut setiap hari, terutamanya selepas cucian.
Minyak Rambut yang Terbaik di Pasaran.
Ada bermacam-macam minyak rambut di Watsons atau drugstore terkenal Malaysia. Jadi mungkin kita sukar memilih yang terbaik. Kami bawakan lapan minyak rambut terbaik, khusus untuk keperluan anda.
Walaupun minyak rambut Ellips sering dipasarkan untuk kaum wanita, produk ini juga sesuai digunakan oleh lelaki. Terutamanya yang selalu menggunakan gel rambut yang boleh mengeringkan dan merosakkan rambut.
Ellips Hair Vitamin with Ginseng and Honey mengandungi Moroccan oil yang kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksida. Ginseng pula menggalakkan penumbuhan rambut baru dan mengurangkan keguguran.
Hasilnya, rambut lebih kuat, bersinar, dan lebat selepas penggunaan minyak rambut ini.
Tropika Hair & Body Oil dengan campuran lavender ialah minyak serba guna yang boleh digunakan pada rambut dan badan bayi. Urutan badan sangat baik untuk perkembangan fizikal dan emosi si manja.
Untuk rambut pula, minyak ini boleh menggalakkan pertumbuhan rambut bayi yang biasanya jarang, terutamanya pada bahagian belakang kepala. Minyak ini mempunyai bau lavender yang sangat menenangkan bagi bayi yang fussy.
Minyak rambut keluaran Lucido-L dikhususkan bagi masalah rambut kering. Produk ini mengandungi minyak avocado yang kaya dengan monosaturated fats, vitamin, dan antioksida.
Minyak avocado juga tidak terlalu berat. Oleh itu, orang yang berambut nipis juga sesuai menggunakan produk ini tanpa mengurangkan volume rambut yang boleh menjadikan rambut kelihatan flat.
Fungsi utama minyak ini ialah untuk melembapkan kulit kepala dan rambut. Kelemumur juga berkurang kerana kulit kepala tidak terlalu kering.
Fungsi antioksida turut melindungi rambut dan kulit daripada kerosakan daripada pencemaran dan sinaran UV.
Tapi perlu ingat, minyak ini hanya memerangkap air. Jadi perlu gunakan pada rambut separa lembap selepas cucian untuk kesan terbaik.
[button url=”https://shp.ee/5v8qi3v” target=”blank” style=”flat” background=”#ff5722″ color=”#ffffff” size=”5″ wide=”no” center=”yes” radius=”5″ icon=”//xan.asia/my-bm/wp-content/uploads/sites/3/2021/07/Shopee-Logo.png” icon_color=”#FFFFFF” text_shadow=”none” rel=”nofollow”]Check price on Shopee[/button]
Minyak zaitun terkenal dengan kebaikan untuk kulit dan rambut. Ramai juga yang menggunakan minyak ini untuk melebatkan rambut.
DHC Olive Virgin Oil mengandungi minyak zaitun yang sarat dengan vitamin dan antioksida. Minyak ini sesuai digunakan untuk menyihatkan kulit kepala yang terlalu kering dan berkelemumur. Kegatalan juga boleh dikurangkan dengan kesan antioksida yang membantu pemulihan kulit kepala.
Minyak zaitun yang berkualiti daripada Sepanyol ini dibotolkan dalam bekas kedap cahaya bagi menjaga komposisi dan khasiat di dalamnya. Produk ini bebas paraben, pewangi, dan pewarna.
[button url=”https://shp.ee/vd868zb” target=”blank” style=”flat” background=”#ff5722″ color=”#ffffff” size=”5″ wide=”no” center=”yes” radius=”5″ icon=”//xan.asia/my-bm/wp-content/uploads/sites/3/2021/07/Shopee-Logo.png” icon_color=”#FFFFFF” text_shadow=”none” rel=”nofollow”]Check price on Shopee[/button]
Himalaya Revitalizing Hair Oil dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih bagi mengurangkan keguguran dan melebatkan rambut. Formulasi minyak ini tidak melekit dan boleh diserap ke dalam kulit kepala dengan baik.
Ekstrak kacang kuda digunakan untuk memberi protin kepada rambut agar tidak mudah putus. Thistle dan Indian gooseberry pula baik untuk menambah pertumbuhan anak rambut baru.
Ramai mengakui produk ini mengurangkan keguguran rambut dan melebatkan rambut. Jadi jika rambut anda nipis, minyak ini mungkin sesuai untuk anda.
Minyak rambut Loreal ini mempunyai fungsi seperti pemeliharaan warna dan perlindungan dari haba. Jadi jika anda kerap mendandan rambut, inilah minyak rambut paling sesuai untuk anda.
MInyak ini mengandungi silikon. Untuk rambut and kasar dan menggerbang, rambut anda akan lebih lembut, bersinar, dan terurus dengan penggunaan minyak ini. Silikon juga melindungi rambut daripada besi pemanas apabila anda meluruskan atau curl rambut.
Loreal Elseve Extraordinary Oil Red sesuai digunakan pada rambut sebagai rawatan sebelum cucian dan sebelum menggunakan alatan panas kepada rambut. Ramai juga berpendapat bahawa pewarna rambut lebih bertahan lama selepas menggunakan minyak ini.
Minyak kelapa digunakan secara tradisional terutamanya dalam perubatan Ayurveda. Komposisi minyak ini boleh meresap ke dalam rambut dengan baik bagi menyihatkan kulit kepala dan mengembalikan sinar rambut yang kusam.
Ramai orang mempunyai rambut yang kasar dan rapuh. Untuk rambut sebegini, minyak kelapa dapat membantu menguatkan dan melembutkan kekasaran.
Aloe vera pula mempunyai kualiti menyejukkan yang boleh meredakan kegatalan kulit kepala. Sama seperti minyak kelapa, aloe vera yang kaya dengan vitamin A, C dan E dapat menguatkan rambut dan mempercepatkan pembaharuan sel. Anak rambut baru juga cepat tumbuh dengan minyak rambut Himalaya ini.
[button url=”https://shp.ee/9nratim” target=”blank” style=”flat” background=”#ff5722″ color=”#ffffff” size=”5″ wide=”no” center=”yes” radius=”5″ icon=”//xan.asia/my-bm/wp-content/uploads/sites/3/2021/07/Shopee-Logo.png” icon_color=”#FFFFFF” text_shadow=”none” rel=”nofollow”]Check price on Shopee[/button]
Argan oil ialah rahsia kecantikan kulit dan rambut wanita Maghribi. Apabila digunakan pada rambut, minyak argan baik untuk mengunci lembapan. Kandungan fatty acid dan vitamin E pula menambah elasticity rambut agar lebih flowy.
Rambut sering berdepan dengan punca kerosakan seperti haba dari pengering rambut dan pencemaran. Antioksida dan vitamin E penting bagi meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan rambut.
Bagi kulit kepala yang kering, gatal, dan berkelemumur, minyak argan boleh digunakan sebagai mask rambut selama 20-30 minit. Untuk kesan terbaik, sapukan minyak argan pada rambut lembap selepas dicuci.
Kesimpulan
Minyak rambut dapat mengembalikan sinar kepada rambut yang kusam serta melebatkan rambut. Selain itu, banyak lagi fungsi minyak rambut di luar sana, bergantung kepada jenis dan keperluan rambut anda. Paling penting ialah penggunaan minyak rambut yang berkualiti dan menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala.