8 Milk Booster Terbaik di Malaysia

Table of Contents

Manfaat susu ibu sangat banyak. Daripada mencegah kanser bagi ibu hinggalah membina sistem pertahanan badan bayi. 

Semakin ramai ibu di luar sana yang ingin menjayakan penyusuan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Ada juga yang risau jika anak tak cukup kenyang dengan susu badan yang ada.

Sebab itu, ramai orang mencari supplement milk booster semula jadi untuk memeriahkan supply susu.

 

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan lapan jenis supplement tambah susu badan. Ada jenis kapsul, minuman, dan cookies. Anda pasti boleh jumpa satu produk yang sesuai untuk anda.

1. Organic Milk Booster

3e92659f1efe7e57a137243c61b89a3c | Xan Asia

Organic Milk Booster ialah campuran herba seperti goji berry, kurma merah, kurma hitam, halba, rose bud, dan Chinese barley.

Barli padat dengan beta-glucan yang terbukti berkesan menambah kandungan prolaktin. Prolaktin ialah hormon yang sangat penting dalam penghasilan susu badan.

Halba atau fenugreek juga baik untuk menambah susu. Kajian menunjukkan sesetengah ibu-ibu yang minum teh halba mendapat pertambahan susu berbanding dengan ibu yang minum teh tanpa halba. Kesan ini lebih kuat pada hari-hari awal selepas kelahiran bayi.

Selain menambah susu, campuran herba dalam Organic Milk Booster ini menstabilkan mood si ibu. Ini penting bagi memotivasikan ibu untuk terus menyusukan bayi serta menangani tanda-tanda baby blues.

Supplement organic milk booster ialah cara semula jadi untuk menambah susu badan. Supplement ini berbentuk herba yang perlu direbus dan boleh disejukkan dalam peti ais. 

Ketika merebus herbal blend ini, anda tidak perlu menambah pemanis kalau anda mahu option yang lebih sihat. Tapi kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah madu atau gula batu. 

2. Upspring MilkFlow Capsule

Upspring Milk Booster | Xan Asia

Upspring MilkFlow capsule ialah produk keluaran Amerika Syarikat dengan halba dan blessed thistle.

Halba serta blessed thistle yang dimasukkan ke dalam ialah herba kering dalam kapsul berasaskan tumbuhan. Tiada bahan lain seperti pengawet yang ditambah dalam produk ini.

Kedua-dua herba ini ialah galactagogues, atau penambah susu semula jadi. Disebabkan kandungan dalam kapsul agak padat, kesannya juga lebih jelas berbanding dengan teh herba.

Dalam wanita yang sesuai mengambil herba ini, penambahan susu boleh dilihat seawal satu ke dua hari.

3. Legendairy Milk Cash Cow

Legendairy Milk Cash Cow | Xan Asia

Legendairy Milk Cash Cow ialah produk milk booster Singapura yang dihasilkan di Amerika Syarikat. 

Produk ini sangat sesuai bagi ibu-ibu yang tak sesuai dengan halba. Bagi sesetengah wanita, halba tidak menambah susu dan ada juga yang mengalami kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut.

Lagendairy Milk Cash Cow mengandungi alfalfa, goat’s rue, moringa, dan nettle yang diformulasi dalam kapsul vegetarian.

Alfalfa ialah herba yang kaya dengan zat seperti vitamin, mineral, dan antioxidant. Herba ini juga sejenis phytoestrogen semula jadi yang dianggap berkesan menambah susu. 

Goat’s rue dan nettle juga merangsang penghasilan susu ibu. Moringa pula kaya dengan kalsium, protein, zat besi, serta pelbagai jenis vitamin. Ada sesetengah ibu mendapati hasil perahan susu bertambah dua kali ganda selepas pengambilan moringa.

4. Enfamama A+

00075671 L 1 0239 | Xan Asia

Jika anda mencari susu tepung yang khusus untuk ibu menyusu, anda boleh mencuba Enfamama A+. Susu ini memang dirumus khas untuk wanita yang mengandung dan menyusukan bayi.

Ramai yang sudah tahu khasiat yang ada dalam susu. Enfamama A+ penuh zat seperti folic acid, zat besi, dan kalsium.

Pengambilan minuman kaya dengan kalsium cukup penting, terutamanya jika ibu menyusukan bayi. Ramai rakyat Malaysia yang kurang kalsium kerana pemakanan harian dan masakan kita kurang bahan tenusu seperti keju.

Kajian mendapati kekurangan kalsium dalam diet tidak akan menjejaskan kualiti susu yang dihasilkan. Sebaliknya jumlah susu yang akan berkurang.

Jadi sangat baik jika ibu yang menyusukan bayi minum susu seperti Enfamama A+ setiap hari. Selain memeriahkan susu, tenaga si ibu juga bertambah dengan minuman penuh zat ini.

mama milk | Xan Asia

Karihome Mama Milk ialah susu kambing yang khas untuk golongan ibu. Jika anda penggemar susu kambing, pasti anda tahu yang susu kambing banyak kebaikan berbanding dengan susu lembu. 

Susu kambing mempunyai kandungan protein, kalsium, dan potassium yang lebih tinggi daripada susu lembu. Semua zat ini penting bagi menguatkan badan ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal kelahiran.

Dan jika anda ingin mencuba susu tapi ada lactose intolerance, Karihome Mama Milk mungkin sesuai untuk anda.

Susu kambing mempunyai 4.2% lactose, manakala susu lembu pula ada 5.0%. Ada kajian menunjukkan yang susu kambing lebih mudah dihadam dan kurang mengakibatkan tanda-tanda ketidakhadaman lactose seperti cirit-birit dan kembung perut.

6. Classic Chocolate Chips Lactation Cookies

Kalau anda nak ambil supplement dalam bentuk makanan yang sedap, apa kata cuba Classic Chocolate Chips Lactation Cookies. 

Produk jenama Mom More Milk ini mengandungi bahan penambah susu seperti rolled oats, malt, dan brewer’s yeast.

Selain menambah susu, lactation cookies ni juga mengandungi soy lecithin yang membantu masalah saluran susu tersumbat atau pun clogged duct.

Flaxseed turut mengandungi omega-3 yang baik untuk perkembangan otak bayi.  Wheatgerm pula tinggi dengan zinc yang bertindak sebagai immune booster kepada ibu dan bayi yang minum susu ibu.

Ditambah dengan cip coklat, lactation cookies ini alternatif yang lazat bagi ibu yang menyusukan bayi. Cookies ini juga kurang manis, sesuai untuk dijadikan snack ketika lapar.

9166f8da6d0b9bbe727d0733a7bc83d3 | Xan Asia

Crunchy lactation cookies ialah produk homemade menggunakan bahan-bahan halal seperti mentega premium, rolled oats organik, dan coklat Callebaut.

Rolled oats ialah bahan utama dalam biskut ini untuk menambah dan memekatkan susu. Rolled oats telah digunakan secara tradisional sejak berkurun lamanya dalam lactation cookies.

Disebabkan cookies ini hanya mengandungi oats, anda boleh sekalikan dengan supplement milk booster dengan herba yang lain.

Banyak pilihan perisa yang ada seperti dark chocolate, matcha white chocolate, cheddar cheese, cranberry white chocolate, dan cinnamon raisin. Jadi taklah bosan makan flavour yang sama.

Rata-rata pengguna mengakui lactation cookies ni memang sedap dan tak terlalu manis. Dengan pengambilan konsisten, jumlah susu yang diperah juga bertambah.

 

8bc55b1b4315402753ee6be05cc3db86 | Xan Asia

Jika anda tak suka telan supplement berbentuk tablet dan mencari minuman yang boleh menambah susu, supplement ini untuk anda.

Minuman Upspring Milk Booster ini mengandungi halba dan blessed thistle, dua bahan yang popular sebagai penambah susu badan.

Supplement ini turut ditambah elektrolit seperti magnesium dan potassium untuk memberikan tenaga dan keseimbangan cecair dalam badan.

Pengambilan produk ini sangat mudah, cuma campur dalam air sejuk atau jus dan kacau. Tak perlu rebus dan tapis herba seperti milk booster traditional. Jadi sesuai untuk gaya hidup ibu-ibu yang sibuk.

Kesimpulan

Kebanyakan wanita ingin mencuba alternatif yang lebih natural untuk menambah susu, sebelum mengambil ubat daripada doktor. 

Pengambilan supplement milk booster adalah salah satu cara untuk memeriahkan susu badan. Para ibu harus memastikan yang pengambilan air yang cukup setiap hari dan mindset yang positif supaya susu badan bertambah selari dengan keperluan bayi.

 

Similar Posts