8 Produk Hilangkan Eyebag dan Dark Circle di Watson
Table of Contents
Kita semua pernah mengalaminya. Eyebag dan mata panda atau dark circle selalu muncul apabila kita kurang tidur, menangis, dan mengalami alahan kepada makanan atau ubat.
Biasanya eye bag akan hilang tak lama selepas bangun tidur. Tapi jika berlanjutan, mata panda dan eye bag menyebabkan wajah kelihatan sangat penat.
Bagaimana Eye Bag Terhasil.
Sebenarnya kulit di bawah mata kita sangat nipis dan lembut. Sebab itulah air mudah berkumpul pada bahagian ini.
Semakin meningkat usia, ramai mendapati eye bag lebih kerap berlaku dan sukar untuk hilang. Faktor usia menyebabkan otot yang mengawal kelopak mata semakin lemah. Kulit pula kurang anjal dan lemak sekeliling mata bergerak ke bawah mata.
Bagaimana Dark Circle Terhasil.
Dark circle di bawah mata berlaku apabila kulit semakin nipis. Ini menyebabkan salur darah di bawah mata semakin jelas kelihatan. Seperti eye bag, dark circle semakin jelas apabila umur meningkat.
Banyak faktor yang menyebabkan dark circle. Antaranya ialah genetik, anaemia, kurang tidur, penuaan, alahan, dan merokok.
Bahan yang Berkesan untuk Hilangkan Dark Circle dan Eye Bag.
Kafein. Kafein dapat mengurangkan saiz eye bag serta menyihatkan kulit di sekeliling mata. Bahan ini mengandungi kesan anti-oksida dan anti-radang yang kuat bagi mengetatkan dan mencerahkan kulit.
Hyaluronic acid. Dark circle mungkin berpunca daripada kurang lembapan dalam kulit. Dengan hyaluronic acid, lembapan daripada luar dan dalam kulit ditarik dan dikunci agar kulit bawah mata anjal dan berseri.
Retinol. Pakar kulit menggemari bahan ini kerana kajian menunjukkan retinol mampu merangsang penghasilan kolagen semulajadi agar garis halus semakin hilang. Selain itu, retinol turut menegangkan dan melicinkan kulit bawah mata.
Neuropeptide. Neuropeptide bertindak seakan-akan rawatan botox untuk mengembalikan keremajaan kulit, tanpa mengeraskan otot. Bahan ini menggalakkan penghasilan kolagen dan hyaluronic acid semula jadi dalam kulit yang berkurang akibat penuaan. Dengan kulit lebih anjal dan lembap, dark circle dan eye bag semakin berkurang.
Vitamin C. Vitamin C atau nama lainnya ascorbic acid mempunyai kesan anti-oksida yang kuat. Bahan ini boleh mencerahkan kulit bawah mata serta melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan radikal bebas. Vitamin C sangat berkesan mencerahkan dark circle yang disebabkan hyperpigmentation.
Tips untuk Mengurangkan Eye Bag dan Dark Circle.
Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan mata panda dan eye bag. Antaranya ialah meletakkan sudu sejuk pada mata selama 3-5 minit selepas bangun tidur. Ini mengetatkan kulit dan mengembangkan salur darah di sekeliling mata agar air berlebihan dapat dikurangkan.
Merokok dan alahan kepada makanan atau habuk juga menjadikan eye bag lebih ketara. Anda boleh berhenti merokok dan mengelakkan punca alahan untuk mengurangkan eye bag dan dark circle.
Selain itu, pengambilan garam yang berlebihan menyumbang kepada eye bag yang teruk. Kandungan garam yang tinggi dalam darah akan menyebabkan anda menyimpan lebih banyak air dalam badan. Malangnya, air ini mungkin terkumpul dalam eye bag. Jadi elakkan makan snek yang tinggi garam seperti kerepek.
Tentunya cara lebih berkesan ialah dengan menyapu krim yang betul terus pada kulit sekeliling mata. Antara produk yang mudah dijumpai di Watson atau drugstore lain untuk masalah eye bag, dark circle, serta kedutan sekeliling mata ialah:
Kandungan adenosine dalam krim ini melembutkan kulit dan terbukti mengurangkan kedalaman kedut. Ini membuatkan kulit lebih halus dan nampak awet muda.
Krim mata ini turut mengandungi pro-xylane yang memerangkap air dalam kulit serta merangsang penghasilan kolagen. Pro-xylane membantu adenosine untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.
Kafein pula mengecilkan salur darah bawah mata untuk mengurangkan pengeluaran air berlebihan kepada eye bag. Pada masa yang sama, pengaliran darah dalam microcirculation dibantu untuk mengurangkan kegelapan dark circle.
Produk ini sesuai digunakan pada waktu pagi dan petang menggunakan aplikator logam pada muncung tiub. Urutan dengan aplikator ini menyegarkan mata, mengetatkan kulit, seterusnya mengurangkan puffiness.
Pendedahan kepada cahaya biru terutamanya daripada skrin telefon menyebabkan mata cepat letih dan dark circle terhasil. Bio-Essence Bio Gold Eye Power Illuminator dengan kepingan emas melindungi kulit daripada kerosakan pancaran matahari dan dark circle.
Emas mempunyai sifat anti-oksida dan anti radang. Apabila digunakan pada bawah mata, bahan ini mampu melawan radikal bebas yang terhasil daripada skrin telefon, komputer, dan cahaya matahari.
Penggunaan dengan konsisten boleh mengurangkan dark circle dan eye bag. Produk ini turut sesuai digunakan sebagai pencegah garis halus di sekeliling mata.
Krim mata Garnier ini mengandungi kafein dan pro-vitamin B5. Kafein mengurangkan eye bag dan memulihkan keletihan mata.
Pro-vitamin B5 pula melembapkan kulit dengan mendalam serta membantu proses pemulihan kulit agar dark circle lebih cerah. Dengan lembapan yang mencukupi, garis halus sekeliling mata semakin berkurang.
Penggunaan krim ini dengan roller mengalirkan air berlebihan keluar daripada eye bag. Air berlebihan ini akan masuk semula ke dalam saluran darah dengan bantuan kafein yang melancarkan microcirculation.
Produk ini terletak pada tanda harga yang sangat berpatutan, sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit.
4. Cosmoderm Eye Treatment Gel with Co-Enzyme Q-10
Jika anda sering menggunakan komputer di tempat kerja, pasti mata cepat letih dan dark circle pula makin ketara. Krim mata Cosmoderm ini mungkin membantu anda menyegarkan mata dan mengurangkan dark circle.
Co-Enzyme Q-10 ialah bahan semula jadi yang digunakan untuk penghasilan tenaga dalam sel. Bahan ini mempunyai kesan anti-oksida yang sangat kuat pada kulit untuk melawan penuaan awal.
Krim ini diformulasi dengan ekstrak tumbuhan seperti aloe vera dan timun untuk melembapkan dan melegakan mata yang penat. Aloe vera juga kaya dengan vitamin A dan C untuk mencerahkan bawah mata yang gelap serta memberi kesan anti-penuaan.
Licorice mengetatkan kulit yang kendur serta mencerahkan dark circle. Kesan anti-oksida juga boleh melindungi kulit bawah mata daripada sinaran UV yang menyebabkan jeragat dan kedutan.
Walaupun tidak mengandungi kafein, Cosmoderm Eye Treatment Gel mengandungi ginkgo biloba yang melancarkan pengaliran darah. Dengan menyapu dan mengurut krim ini di bawah mata, eye bag dapat dikurangkan.
Krim ini bebas paraben dan sesuai digunakan oleh remaja dan dewasa. Sebaiknya, gunakan dua kali sehari untuk kesan maksimum.
Inilah krim mata paling sesuai untuk mereka yang mencari produk dengan bahan-bahan yang ‘clean’. Krim mata Sukin mengandungi ekstrak kopi hijau yang membekalkan kafein untuk mengurangkan dark circle.
Rosehip oil kaya dengan vitamin dan mempunyai banyak kebaikan untuk kulit. Antaranya ialah melembapkan kulit serta mencerahkan bintik gelap.
Kombinasi rosehip oil dengan Pure Ribose menghilangkan garis halus di sekeliling mata untuk membangkitkan keremajaan wajah.
Sukin Purely Ageless Reviving Eye Cream ini bebas pewangi, paraben, minyak mineral, dan silikon.
Wardah White Secret Brightening Eye Cream sangat laris terjual dengan ratusan maklum balas positif daripada pengguna.
Krim ini mengandungi hyaluronic acid bagi melembapkan kulit sekeliling mata serta menambah keanjalan kulit agar eye bag berkurang.
Selain itu, white-adenosine complex terbukti mengurangkan kesan penuaan pada kulit terutamanya kedutan dan garis halus. Bahan ini mengurangkan dark circle dan eye bag pada mata yang letih.
Akhir sekali, vitamin B3 mencerahkan bawah mata yang gelap serta mempercepatkan pemulihan kulit yang terlalu kering agar nampak lebih sihat dan segar.
Krim Eucerin ini menggabungkan tiga bahan aktif untuk melembapkan, menegangkan, dan menganjalkan kulit.
Hyaluronic acid iaitu komponen penting bagi mengurangkan dark circle dan eye bag dapat diserap dengan mendalam. Fungsi lain hyaluronic acid ialah memerangkap air untuk menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan mata.
Arctiin ialah ekstrak herba Burdock yang menambah penghasilan kolagen kulit. Bahan ini juga menguatkan connective tissue di sekeliling mata yang lemah bagi merawat masalah eye bag.
Akhir sekali, ekstrak silymarin melancarkan pengaliran darah dan memberi kesan anti-oksida. Kesannya, bawah mata yang gelap semakin cerah dan kulit nampak lebih berseri.
Selain penggunaan bagi eye bag dan dark circle, krim ini boleh digunakan pada bahagian rahang, tulang pipi, dan dahi. Target utama Eucerin Hyaluron Filler ialah melawan kedutan dan kekenduran kulit bagi wajah yang awet muda.
Dilengkapi dengan ekstrak sarang burung dan herba Shadownyl, Nutox Eye Refiner menjanjikan pemulihan kedutan bawah mata, eye bag, dan dark circle.
Sarang burung mengandungi epidermal growth factor yang merangsang penjanaan sel kulit baru dan menguatkan fungsi kolagen dalam kulit. Ramai wanita yang mengamalkan supplement sarang burung untuk memutihkan kulit.
Krim ini turut mengandungi kolagen sebagai bahan anti-penuaan dan memulihkan kulit bawah mata yang kendur. Penyerapan molekul kolagen yang besar ini ditingkatkan dengan teknologi Oxyfusion.
Ramai yang mengakui krim ini mengurangkan mata panda serta kedutan di sekitar mata. Untuk harga yang berpatutan, krim ini menawarkan penyelesaian bagi masalah penuaan yang berkesan.
Kesimpulan
Mata ialah feature pertama yang dilihat pada wajah dan akan mendedahkan usia sebenar kulit kita. Jika anda seorang yang pentingkan kecantikan, anda wajib menggunakan krim mata yang berkualiti serta berkesan setiap hari.
Krim yang baik bukan sahaja mengurangkan masalah eyebag dan dark circle, tetapi juga mengukuhkan struktur kulit sekeliling mata agar tidak mudah berkedut dan kendur pada usia tua.
Lihat juga Toner Terbaik & Serum Muka Terbaik.