5 Cara Berkesan Putihkan Ketiak dengan Produk Watson

Table of Contents

Kulit bawah lengan biasanya sama warna dengan bahagian badan yang lain. Tetapi bagi sesetengah orang, ketiak boleh bertukar menjadi gelap. Ini mengurangkan keyakinan diri terutamanya jika ingin memakai pakaian berlengan pendek.

Penggelapan kulit bawah lengan berlaku kerana penyakit acanthosis nigricans. Seseorang yang menghidapi penyakit ini akan mengalami penebalan dan penggelapan kulit pada bahagian pelipat seperti ketiak, leher, dan celah peha.

Punca Penggelapan Kulit.

Warna kulit dihasilkan oleh sel pigmentasi iaitu melanocyte. Jika sel ini bertambah dengan banyak, kulit akan lebih gelap.

Sesiapa boleh mengalami acanthosis nigricans. Tetapi seseorang dengan ahli keluarga yang menghidapi penyakit sama akan lebih terdedah.

Secara amnya, mereka yang berkulit gelap lebih mudah terkena acanthosis nigricans berbanding dengan mereka yang berkulit cerah.

Selain acanthosis nigricans, penyakit kencing manis, merokok, dan kegemukan ialah punca lain kulit bawah lengan dan celah peha semakin gelap. Dalam situasi-situasi ini, penghasilan pigmen kulit lebih tinggi daripada biasa.

Bagaimana untuk Memutihkan Bahagian Badan yang Gelap.

Jika kegelapan bawah lengan atau celah peha berpunca daripada kencing manis atau kegemukan, sudah tentu menurunkan berat badan serta kawalan gula darah dapat membantu masalah ini.

 

Tapi jika anda tidak mempunyai penyakit lain, mungkin gaya hidup dan pemilihan produk yang tidak sesuailah yang menyumbang kepada ketiak hitam. Berikut merupakan alternatif bagi mereka yang ingin memutihkan ketiak dan bahagian lain dengan berkesan.

1. Gunakan Shaving Cream.

 

Anda gunakan pisau pencukur untuk tanggalkan bulu ketiak? Geseran bilah pisau dengan kulit boleh menimbulkan keradangan kulit.

Untuk melindungi kulit, anda boleh menggunakan shaving cream sebelum menanggalkan bulu. Pastikan anda tinggalkan krim ini selama 15-30 saat sebelum mencukur. 

Schick Shave Guard Sensitive Lime​ | Xan Asia
593 Ratings 1.3k Sold on Shopee

Krim pencukur seperti Schick Shave Guard Sensitive Lime sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita untuk mencukur muka dan bawah lengan. Krim ini akan melembapkan kulit selepas bercukur dan meninggalkan haruman limau yang menyegarkan.

Nivea for Men Moisturizing Shaving Foam​ | Xan Asia
904 Ratings 2.1k Sold on Shopee

 

Satu lagi krim pencukur yang patut anda cuba ialah Nivea for Men Moisturizing Shaving Foam. Formula krim ini mempunyai ekstrak aloe vera dan vitamin B5 untuk melembapkan dan melindungi kulit. Walaupun dipasarkan untuk lelaki, tetapi wanita pon boleh gunakan untuk mencukur ketiak.

Semasa memilih krim pencukur, jangan tersilap pilih produk after shave. After shave hanya memberi wangian dan kesegaran selepas menanggalkan bulu. Pewangi dalam after shave boleh menyebabkan iritasi kulit.

Selain itu, pastikan anda kerap menukar pisau cukur agar bilah pisau sentiasa tajam. Pisau yang tumpul kurang berkesan menanggalkan bulu, lebih mudah mengakibatkan luka dan jangkitan, serta menjadikan bawah lengan gelap.

2. Bertukar kepada Waxing ataupun Penanggal Bulu Laser

 

Jika anda menghadapi alahan pada bahagian yang terkena tali pinggang, atau mudah gatal jika mengenakan aksesori seperti rantai, anda mungkin mempunyai alahan terhadap nikel.

Nikel ialah logam yang terdapat pada pisau cukur. Geseran bahagian bawah lengan dan celah peha dengan nikel akan menyebabkan iritasi serta kulit yang lebih gelap.

Anda boleh bertukar kepada teknik menanggalkan bulu lain seperti waxing dan laser. Sekarang, banyak produk waxing dan laser yang boleh anda gunakan dari rumah.

 

Jadi tak perlu ke salon kecantikan dan berhabis banyak wang. Antaranya ialah:

Produk waxing dalam tiub yang tak perlu dipanaskan. Bahan yang digunakan semula jadi iaitu madu, gula, dan lemon. Produk ini sesuai untuk mereka yang sensitif dengan bahan kimia. Terus sapu pada bahagian yang berbulu, tampal kertas disediakan dan tarik pada arah melawan bulu. Penanggal bulu menggunakan wax lebih berkesan menanggalkan bulu yang agak panjang, sekitar 3mm.

CKeyin Laser Hair Removal​ | Xan Asia
146 Ratings 255 Sold on Shopee

 

Penanggal bulu laser menggunakan cahaya dengan sinaran kuat bagi membantutkan pertumbuhan anak rambut baharu. Proses ini juga selesa dan tidak menyakitkan. Kajian menunjukkan penanggal bulu laser selamat apabila digunakan dalam jangka masa panjang. 

 

Cuma perlu elakkan bahagian mata dan tidak boleh digunakan oleh wanita mengandung. Bahagian yang sesuai digunakan ialah bawah lengan, bahagian bikini, dan kaki. Untuk kesan terbaik, gunakan alat ini selepas menanggalkan bulu.

3. Tanggalkan Sel Kulit Mati dengan Lembut dan Berkesan

 

Seperti kulit wajah, bawah lengan juga perlu di-exfoliate untuk membangkitkan lapisan kulit baru.

Tak perlu menggunakan scrub fizikal yang kasar. Menggosok ketiak dengan manik mikro boleh menjadikan iritasi dan kulit yang lebih gelap.

 

Sebaliknya, gunakan sabun yang natural dengan bahan seperti salicylic acid untuk menanggalkan lapisan kulit mati. Produk ini juga sesuai untuk menanggalkan kesan hitam pada celah peha dengan berkesan.

Nixoderm Sulfur & Salicylic Acid Soap. | Xan Asia
11k Ratings 20k Sold on Shopee

 

Sabun buku Nixoderm dengan salicylic acid dan sulfur mempunyai fungsi keratolytic untuk menanggalkan lapisan kulit lama dan membersihkan pori. Jadi sabun ini boleh digunakan untuk merawat jerawat badan. Pada masa yang sama, penggunaan produk ini akan membunuh kuman dan mengurangkan bau badan. 

Disebabkan kandungan aktif sabun ini, anda boleh mulakan penggunaannya selang sehari. Jika kulit ada memberi respon baik tanpa iritasi atau kemerahan, boleh gunakan setiap hari selepas 2 minggu penggunaan.

4. Pilih Deodorant yang Kurang Bahan Kimia

 

Kebanyakan produk anti-peluh dan deodorant mengandungi pelbagai bahan untuk memastikan produk melekat pada kulit dan menyahbau.

Oleh itu, bahan seperti phtalates, pewangi, dan triclosan dimasukkan bagi menjamin keberkesanan produk-produk ini.

Bagi orang yang sensitif terhadap bahan kimia, pori di ketiak mudah tersumbat dengan menggunakan deodorant biasa dan semburan. Ini mengakibatkan timbulnya jerawat bawah ketiak yang sangat menyakitkan.

Pewangi pula menyebabkan iritasi dan menggelapkan kulit. Ada juga pakar yang berpendapat bahan kimia yang diletakkan dalam deodorant menjejaskan fungsi hormon dalam badan.

Penyelesaiannya ialah menggunakan deodorant natural yang tidak menggunakan bahan kimia yang banyak.

 
Smelly-no-more​ | Xan Asia
1.7k Ratings 2.8k Sold on Shopee

 

Smelly-no-more ialah deodorant crystal yang hypo-allergenic dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Produk ini hanya menggunakan garam kristal semula jadi dan tidak menggelapkan kulit. Formulanya tidak melekit atau meninggalkan kesan pada fabrik. Untuk menggunakan deodorant ini, basahkan bahagian atas kristal dan sapu pada bawah lengan.

 

 

Jika anda ingin mencuba deodorant natural, perhatikan kandungannya. Pastikan produk yang anda beli tidak mengandungi sodium bicarbonate kerana bahan ini boleh mengakibatkan penggelapan kulit.

5. Gunakan Serum Hyperpigmentasi, Tapi Hati-Hati.

 

 

Produk-produk pencerahan wajah dengan bahan seperti vitamin C dan pro-retinol boleh membantu memutihkan ketiak dan bahagian lain yang gelap.

Baca artikel ini untuk mengetahui serum terbaik untuk jenis kulit anda.

Namun, anda harus ingat bahawa kulit bawah lengan sangat nipis dan berlipat-lipat. Jadi penyerapan bahan aktif ke dalam kulit lebih tinggi dengan kesan yang kuat.

 
LOreal Paris Revitalift Anti aging Laser Serum​ | Xan Asia
2k Ratings 4k Sold on Shopee

 

L’Oréal Paris Revitalift Anti-aging Laser serum mengandungi pro-retinol untuk merawat pigmentasi pada kulit. Pro-retinol merangsang penghasilan kolagen bagi mengukuhkan struktur kulit dan menggalakkan penghasilan salur darah baru untuk memperbaiki tona kulit.

Gunakan serum pencerahan pada bahagian gelap dua kali seminggu dan lihat toleransi anda terhadap produk ini. Jika tiada keradangan berlaku, anda boleh perlahan-lahan menambah kekerapan penggunaan produk.

Penutup

Kulit gelap pada bahagian leher, ketiak, dan celah peha berlaku disebabkan genetik ataupun penyakit lain seperti kencing manis. Mencukur atau mencabut bulu boleh menerukkan keadaan.

Pulihkan warna dan kesihatan kulit anda dengan menggunakan produk natural yang mudah didapati di Watsons ataupun online. Selain itu, hentikan penggunaan pisau cukur tumpul, deodorant penuh kimia, serta scrub fizikal yang boleh merosakkan dan menggelapkan lagi kulit bawah lengan, leher, dan celah peha anda.

Lihat juga Toner Terbaik & Serum Muka Terbaik.

Similar Posts